D.A.K.W.A.H……. sebut saja perkataan ini, mungkin ada saja yang akan terus membaca artikel ini dengan penuh minat dan keinsafan. ada juga yang mungkin memandang dengan sebelah mata tajuk ini dan lebih tertarik membuka laman web lain yang lebih menghiburkan. Ada juga yang mungkin allergic dengan perkataan ini, disebabkan faktor-faktor pengalaman yang pernah mereka lalui. Dan tak ketinggalan juga mereka yang tidak tahu, tidak kisah dan tak mahu tahu langsung mengenai dakwah. perkataan ini bukan satu vocubulary dalam kamus hidup mereka.
setuju…setuju…100% setuju. Dakwah merupakan topik yang berat, memboringkan dan terlalu banyak masalah yang perlu kita fikirkan apabila berdepan dengan tajuk ini.
Kerja berat seperti seorang buruh sememangnya memenatkan. Memerah tenaga dan keringat, peluh yang membasahi badan dan apa-apa saja yang menggambarkan kesusahan dan kerja berat pasti sesuatu yang tak dapat dielakkan dengan pekerjaan seorang buruh. Namun, itu bukan alasan bagi seorang buruh dari berhenti berkerja mencari rezeki untuk diri dan keluarganya. Bukan tak mahu cari kerja lain, tapi jika semua orang fikir cari kerja lain maka tiadalah Menara Berkembar KLCC…. tiadalah KLIA…tiadalah segala infrastruktur kebanggaan negara selama ini. Secanggih mana teknologi yang kita miliki, namum tenaga buruh merupakan elemen yang tidak dapat disishkan sektor pembinaan. Kemahiran tenaga buruh menjamin keutuhan sesebuah binaan. Jika tidak masakan Tembok Besar China yang telah berusia berpuluh abad mampu kekal sehingga hari ini. Inilah kubur terpanjang di dunia, di mana beribu-ribu buruh paksa telah terkorban sewaktu membinanya. Ada apa dengan Tembok Besar China….. tanpa buruh yang membinanya
Begitulah juga dengan “dakwah” atau pun amar ma’ruf nahi munkar. Ia adalah tanggungjawab yang berat serta perlu dilaksanakan bukan hanya kerana kefardhuan dari Allah malah ianya adalah keperluan asasi hidup bermasyarakat. Tidaklah keterlaluan jika dikatakan sehebat mana keilmuan, teknologi mahu pun ekonomi yang dimiliki oleh sesebuah masyaraka, kelangsungan nilai-nilai kemanusian masyarakat itu bergantung kepada sejauh mana amar ma’ruf nahi munkar mampu dibudayakan secara berakar umbi. Jelas sekali seperti yang digambarkan oleh Rasulullah dalam sebuah perumpamaan yang cukup menarik untuk diteliti:
Sebuah bahtera yang belayar di lautan luas, di mana penumpang di bahagian bawahnya amat memerlukan air. Maka berlakulah perbincangan di kalangan penumpang-penumpang di tingkat bawah:
Penumpang #1: Aku tak kira…. Bila aku dahaga aku mesti dapatkan air untuk diminum. Orang di tingkat atas memang tak pernah fikirkan keadaan kita di bawah ni
Penumpang #2: Apa yang kecoh-kecoh ni…. Kenapa kau mintak saja dari penumpang di bahagian atas untuk dapatkan air untuk kamu.
Penumpang #1: Aaahh…. Mereka bukannya kisah tentang keadaan kita. Takkan dilayannya permintaan kita ni. Lebih baik aku tebuk saja lubang pada badan kapal ni untuk dapatkan air
Penumpang #2: Ikut suka hati kau lah….. yang penting kau tak kecoh-kecoh buat bising lagi. Jangan sampai mengganggu ketenteraman penumpang-penumpang lain di tingkat bawah ni.
Apabila Penumpang 1 nekad menebuk lubang…maka karamlah bahtera tersebut. Tenggelamlah kesemua penumpangnya tanpa mereka sama ada penumpang di bahagian atas atau bawah
Itulah yang berlaku sekiranya amar ma’ruf nahi munkar dilupakan. Secara umumnya, di dalam mana-mana struktur masyarakat, pasti ada 3 golongan:
1. Solihun (Golongan di tingkat atas bahtera / mereka yang mengemudi kapal): inilah golongan orang-orang soleh yang terpelihara dari unsur kemaksiatan
2. Sakitun (Penumpang #2): Golongan orang yang “bisu”. Kelompok masyarakat yang hidup nafsi nafsi. Hanya mementingkan diri dan keluarga mereka sendiri.
3. Ashabul Munkar (Penumpang #1): Mereka ini adalah pembawa unsur negatif dalam masyarakat. Golongan yang sering melakukan kemaksiatan serta merosakkan akidah masyarakat
Walaupun hanya Ashabul Munkar sahaja yang melakukan kemaksiatan, kesan kerosakannya jelas dirasai oleh setiap ahli masyarakat, tanpa pengecualian. Solihun dan Sakitun tidak ubah seperti golongan baik yang dibinasakan….
Firman Allah taala:
وَاتَّقُوا فِتْنَةً لَا تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنْكُمْ خَاصَّةً
“Takutilah olehmu akan fitnah (azab bencana) yang tidak khusus menimpa orang-orang yang zalim saja di kalangan kamu dan ketahuilah, bahawa Allah amat keras seksaannya.” (Al-Anfal 8:25)
Fitnah itu pasti akan menimpa ke atas mereka yang zalim iaitu orang yang telah melampaui batas-batas Allah. Manakala orang yang tidak menegah orang zalim dari kezaliman di sini ada dua kemungkinan. Kemungkinan pertama dia dianggap tidak zalim kerana dia tidak bersubahat dengan orang zalim itu. Kemungkinan kedua mereka dianggap zalim kerana tidak menegah orang zalim padahal perbuatan zalim itu wajib dihalang.
Inilah dia ‘qanun azab jama’I’ dalam sunnatullah. Ianya adalah qanun yang paling menggerunkan dan menakutkan, mendorong mereka yang tahu dan memahaminya untuk segera mengubah kemungkaran yang sedang berlaku, supaya azab yang demikian tidak menimpa seluruh masyarakat
Jelaslah bahawa, Islam tidak berpada dengan kesolehan seseorang individu, sehinggalah ia melakukan pengislahan terhadap orang lain. Aslih nafsaka wad’u ghairaka (perbaikilah dirimu dan serulah kebaikan kepada orang lain.
-Dipetik dari ismaterengganu
Tidak ada komentar:
Posting Komentar