Jumat, 24 Desember 2010

اللهم يصلح حالک





Salam alayk

Alhamdulillah atas nikmat Iman dan Islam.Moga thabat dgn nikmat2 ini.
Teringat pesan pak cik teksi dan meminta saya mengambil berat akan apa yang nak disampaikan :اللهم يصلح حالک..dari awal naik teksi sampai ke akhir perjalanan..Saya minta doa,dan itulah doa yag diulang2..Subhanallah!semoga menjadi pendorong saya dan teman2 semua untuk beramal dan memperbaiki diri menjadi lebih baik!

Tiada qonun yang adzim melainkan apa yang diseru oleh Allah dalam firmanNya yang bermaksud:"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri"(Surah Ar-Ra'd ayat 11)

Akhirul kalam,mari sama2 tingkatkan iman dan amal.Saya akhiri dengan kalam Dr Yusuf al-Qardhwi :

"Sesungguhnya kebahagiaan itu ialah anda hidup,
untuk pemikiran yang benar dan kukuh,
untuk akidah yang terbesar yang menyelesaikan,urusan alam yang lampau,
jawablah soalan yang disoal oleh orang yang tertanya-tanya,
Dari mana aku datang?,
kenapa aku dijadikan?,
Adakah aku hidup kembali?
Lalu bersinarlah keyakinan di dalam jiwa,
terusir segala keraguan yang nakal dan derhaka,
terdidiklah fikiran yang waras,
terciptalah akhlak yang mulia,
dan kembalilah setiap akal ang menyeleweng kepada jalan yang benar dan lurus,
hidupmu akan dikurniakan nilai,
oleh TuhanMu agar hidup terbina,
ke arah cita2 yang tinggi dan mulia,
supaya matamu memandang di segala ufuk,
di sanalah kamu hidup kekal dan tidak fana',
kau tudung bumimu dengan langit,
dan para malaikat menjadi saksi,
itulah akidah Islam untuk muslim yang bahagia,
itulah asas,itulah tiang serinya,
sesiapa yang hidup memikulnya sambil memekik dengan namanya,
dialah orang yang berbahagia"

~Akhirnya,doakan saya dan semuanya untuk menghadapi imtihan~Mg sukses!

8 hb1 2010- Qodoya Fiqhiyyah Mu'asoroh
11hb1 2010- Tauhid
15hb1 2010- Sirah Nabawiyyah
18hb1 2010- Dakhil fi Tafsir
22hb1 2010- Wasail da'wah

Mohon didoakan!sentiasa mendoakan!~Wattaqullah WA Yu'alimmukumullah~

Rabu, 27 Oktober 2010

ALHAMDULILLAH(^_^)





Sudah hampir 5 bulan meninggalkan medan ini sehinggakan hampir terlupa password blog ini.hehe (^_^).Alhamdulillah Allah bagi kekuatan akhirnya untuk mencoret.Banyak peristiwa2 terjadi menjadikan kite semua lebih matang menghadapi hari-hari berbaki.Moga jauh dari masa2 kosong.Ya Rabb..perkenankan doa kami!
Benarlah kata Imam Hasan Al-Banna:'AlWajibat aksar minal waqt'
Kutip semangat dari kalam yang mulia,Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W :Kebaikan generasi pertama umat ini kerana adanya sifat syahid dan keimanan yang kuat dan binasanya generasi akhir ummat ini kerana adanya sifat bakhil dan berangan-angan(hadis Bukhari&muslim)

-membina semangat baru agar terus berniat benar dan berhimmah tinggi!Mengharapkan doa-doa dari teman-teman agar terus THABAT seperti generasi pertama!ameen.

Rabu, 26 Mei 2010

Ganbatte kudasai!



9.15p.m 26hb 5 2010(rehat sejenak dengan motivasi)

Assalamualaikum w.b.t…

Alhamdulillah,syukur dipanjatkan kepadaNya masih dikurniakan rahmat dan berkat yang x terperi,sehingga ke hari ini,Moga langkah ini akan terus menyusuri,jalan juang yang penuh dengan onak dan duri,Bersabar hanya mengharap redho Ilahi,dengan himmah yang tinggi,Kemahuan dan keinginan yang x berbelah bagi,Hanya keranaMu ya Rabbul Izzati..Ya Allah,sampaikanlah pada kami niat yag terbaik!
~Allahumma Fasyhad!
~Di sini saya ingin mengucapkan salam imtihan pada semua,moga terus bersemangat dan berazam serta berusaha dan berdoa kerana kecemerlangan adalah milik umat Islam.jangan lupa doa saya!
~Berikutan adalah jadual Imtihan saya pada semester kali ini..(tlg doakan ya!)

AlQuran Tahriri – 31hb5
Syubhat Haula Al Quran – 3hb 6
Tafsir Al Quran – 7hb6
Ulum hadis – 10hb 6
Adab dan balaghah – 14hb6
NuzuM Islamiyyah – 17hb 6
Hadis – 21hb6
Tayarat fikriyyat mu`asoroh – 24hb6
b.inggeris - 26hb 6
Akhlak – 28hb6
Tauhid – 1hb 7

~Mumtaz berusaha berdoa bertawakkal~

Semoga dalam kesibukan dalam berimtihan,jangan lupa amal kita untuk bekerja keras untuk agama ini..Moga Allah bagi yang terbaik! Cha iyo! Ganbatte Kudasai!!!

Ya Allah,bantu kami!~saya nak MUMTAZ!sape mahu join saya?...Yup!!!
Akhirnya saya mengakhirinya dengan tazkirah ringkas:

BErsangka baik DenGan ALLAH!

~p/s : jgn tension k..-pastikan niat yang terbaik kerana Allah,belajar untuk menangkan agama dan pastinya janji Allah untuk mereka adalah syurga!
~mohon maaf pada semua terutama mak dan ayah serta keluarga dan tidak lupa pada teman2 seperjuangan yang dekat dengan saya..!~senyum sentiasa!~
~Buat teman2 seperjuangan di Malaysia..saya tidak bisa melupakan kalian!~Munjiah yang sentiasa memberi semangat ringkas,Chaiyyok!!,kamy yang sentiasa menemani saya ketika saya yg study,Maryam jameelah yang x jemu2 memberi semangat panjang macam tazkirah dan yang lain2 yang xdisebut nama jgn seedy ya!!~saya dah kena study ni!hihi ^^^

~Buat mak dan ayah serta my family dan ummat seluruhnya..jangan lupa doa saya!~mampukah saya untuk menghadiahkan mereka dengan “MUMTAZ” untuk kali ini?!
-Doakan kami semua!

~والله يعلمكم

Sabtu, 27 Februari 2010

Bicara tentang CINTA



Bercakap mengenai cinta..kebanyakan orang di fikirannya pasti akan terlintas dengan cinta sesama lelaki dan perempuan..Ya ke?Adakah entri saya pada kali ini berkisar mengenai cinta itu juga..em..malu untuk meluahkanya tapi susah jugak bila dipendam..hehehe..Kadang2 orang sempit menilai kata cinta ini..kadang2 cinta sesama lelaki dan perempuan tiada batasan sehinggakan kita selalu terdengar di paparan berita dan akhbar mengenai cinta terlarang ini sehingga melahirkan anak di luar nikah bahkan diseksa si anak yang xberdosa.Astaghfirullah!Moga kita semua dijauhkan dengan cinta buta ini..

Cinta?Sukar untuk digambarkan..sukar untuk ditafsirkan..ya benar!saya telah jatuh cinta!Cinta ni sangat luar biasa..saya tidak pernah menemuinya..Namun saya sedar dia juga mencintai saya..Cinta saya bukan bertepuk sebelah tangan..saya bahagia kerana dapat mencintainya..alhamdulillah..moga Cinta ini kekal selamanya..moga cinta ini akan terus mekar dan subur menyahut seruanNya sampaikan walau satu ayat..Cinta ini xkan padam..moga saya terus haus dengan cintanya..Cinta ini membuatkan hamasah saya terus membakar...yaAllah..izinkan saya mencintainya..izinkan saya menemuinya..izinkan saya berbakti untuk agama ini..izinkan saya untuk mengabdikan diri..

~sanah helwah ya Rasulullah~SOLLU 'ALA NABI!!!






Alhamdulillah..moga Allah membenarkan cinta ini..ya Rasulullah..Engkaulah qudwah hasanah sepanjang zaman..Engkaulah bapa!engkaulah suami,Engkaulah ketua.engkaulah sahabat..engkaulah ikutan yang terbaik!.Terima kasih atas cinta ini!!!moga aku tidak hanyut dengan cinta yang murah..YaAllah,jagalah hati ini!!!

Senin, 22 Februari 2010




21 Feb 201,saya dengan buku di Maktabah Universiti alAzhar,kaherah Banat

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah..Allah megizinkan saya untuk menulis lagi.Alhamdulillah saya cuba untuk mencuri masa untuk menulis..inshaallah..Semuanya berkat masa yang merupakan anugerah dari Allah..Terima kasih Allah..

Semalam..21 Feb 2010 adalah merupakan fasa 2 baru untuk pengajian kuliah usuluddin tahun 2..begitu juga dengan kuliah2 yang lain..Alhamdulillah..saya rasa bersyukur kerana tarikh ini sangat berharga untuk saya..walaupun sudah hampir setahun setengah saya disini..namun sebenarnya saya rasa saya banyak cuai dan xbanyak mengkaji..rupanya banyak benda saya belum dalami..kekadang terasa bila dah meningkat usia dan bertambahnya ilmu..terasa rendah diri..seakan2 tiada apa-apa di dada..Namun Allah memberi peluang kepada saya..saya bersyukur!

Saya melangkah menuju kelas..Hamasah saya membara untuk belajar tingkatkan diri..untuk belajar kerana Allah dan Islam yang saya sayangi..Alhamdulillah..hari ini saya bersyukur kerana semua doktor masuk..saya x menduga dan menjangka..saya meyakini hari ni doktor2 pasti x datang..maklumlah hari pertama kuliah..namun sangkaan saya meleset..inilah ketetapan Allah!Saya dapat kata2 tasyji' dari doktor..Pesannya..Orang alim ni pakar dalam semua bidang lebih2 lagi beramal dan tadabburi AlQuran dan AsSunnah..Seperti saya juga..kalu nak jd alim mesti pakar dalam bidang yang diceburi..Inshaallah saya yakin dengan Allah dan pertolongannNYa..Inshaallah..Semua dengan izinNya!Doakan saya dapat masyikan alQuran bersama tadabbur denganNya.Saya akan pastikan tahun ni saya lebih berani dan tidak lupa untuk saya meminta doa dari sahabat2 saya..Doakan saya!

Inshaallah..saya selalu ingat pesan Nabi supaya itqan dengan sesuatu amal..dan orang yang berilmu ni dimudahkan untuknya jalan ke syurga..Terima kasih ya Rasulullah!Terasa engkau terlalu dekat denganku lebih2 lagi tarikh kelahiranmu begitu hampir.Saya sentiasa berharap bertemu dengannya.Dialah qudwah hasanah yang terbaik!Alhamdulillah..

Saya bersyukur dan mengharapkan akan terus jd orang yang paling bersyukur!

Jadilah pencinta pada Ilmu!Manisnya ilmu bila beramal dengannya!Jgn lupa niat ikhlas kerana Allah!Risalah dan syahadah milik kita semua!Buktikan kecintaan itu!Yup..boleh2!MUMTAZ FI HAZIHI SANAH!

Bangkitlah wahai jiwa!Mana jiwa yang mengkaji!Mana Ulul Albab di abad ini!Mana????
~Jawab sendiri ye~

~maaf yup sebab blog kali ni lebih kepada luahan perasaan~hehe

-maktabah universiti alAzhar,Kaherah Banat di tingkat 4.yang pasti kena buat kad dulu baru blh masuk!ok!Boleh lebih explore ye!-sebab saya dapati maktabah itu sentiasa kosong!-Harap ambil manfaat!Ummat memerlukan orang yang mengkaji!

Kamis, 21 Januari 2010

ADA APA DENGAN ANUGERAH JUARA LAGU 2010?

http://idhamlim.blogspot.com/2010/01/anugerah-juara-lagu-24.html

Fikir-fikirkanlah...jika anda adalah mukmin yang berfikir!!Luaskan pemikiran anda!Anda mampu untuk mengubahnya!!!Buktikan bahawa kita semua muslim yang izzah dengan Islam!Sesungguhnya Islam adalah tinggi!!Bangkitlah bangunlah ummat!!!!

Selasa, 19 Januari 2010

BANGKITLAH!!!~Ummah memerlukanmu~

Di kaca TV sebuah media perdana di Jawa Indonesia....."Kita semua sudah berdosa! Allah Maha Kuasa! Allah Maha Penyayang! Kembalilah kita semua ke jalan Allah! "Kembalilah ke Yesus Kristus dan Bunda Maryam!"....apakah kesannya kepada masyarakat yang jahil dan lemah imannya di sekitar kita?

Tembok keluli bawah tanah binaan Zionis Arab yang mengepung sempadan Mesir-Gaza.....adakah kita mahu biarkan sahaja projek zalim ini?

Penggunaan kalimah Allah dalam 'Herald - The Catholic Weekly' - Kemudian, ada permintaan untuk menggunakan nama Masjid Kristian menggantikan gereja. Apa pandangan anda?

Sebenarnya terlalu banyak isu2 ummat yang semakin hari membuatkan kita berfikir,Bagaimana untuk bangun bangkit dan mara kembali menjulang dan meninggikan Kalimatullah!Tidak lain tidak bukan bermula dari kesedaran diri sendiri...

Dalam kesibukan kita berimtihan...lupakah kita bahawa dunia semakin tua,ummat semakin parah dan tenat!Apakah kita hanya mampu berdoa,sedangkan Allah memberi qudrat kepada hambaNya untuk bergerak,menyampaikan risalah Lillah..Ayuh syabab ayuh fatayat!!!!BANGUN BANGKIT UNTUK ISLAM!!!!Umat Islam seluruh dunia BANGUNLAH KALIAN!!!!Kita semua kena bekerja keras memerah keringat dan berpenah lelah!Yakinlah penat lelah kite berbayar dengan jannah!!!Mulakan dengan orang yang paling rapat!!!

~Berletihlah..sesunngguhnya manusia yang letih ialah manusia yang besar keinginan dan harapannya untuk Islam!!!~

AYUH...BANGUN WANITA MUSLIMAH!! MANA PERGINYA JIWA2 YANG SEDAR?






Menjawab persoalan ini..marilah kita semua yang bergelar wanita muslimah untuk sama2 mempertingkatkan ilmu serta amal,membangkitkan potensi diri dan peranan sebagai muslimah dan pemangkin generasi ummah melalui satu program yang akan mendedahkan siapa anda sebagai muslimah?apa peranan anda?!Ayuh!jgn buang masa!jgn bagi alasan...!Segeralah menyahut kebaikan!!!

-maklumat HARWANIS seperti diatas-

Pelbagai pengisian menarik menanti anda!!jangan lepaskan peluang!!

Wanita Muslimah; Tanggungjawab daripada perspektif syarak dan sosial..jom bersama-sama ke Hari Wanita Islam 2010 di ARMA,19 Feb 2010 bermula jam 830 pagi..ayuh muslimah,tamat sudah zaman tidurmu..bangkitlah kerana ramai yang menanti kebangkitanmu..kerana dirimu muslimah harapan ummah!!

Apakah agama itu mundur sedangkan aku hidup!!!Ayuh muslimah,bangun bangkit!!!mainkan peranan anda!!!!!!