Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah,thumma alhamdulillah~Tiada ungkapan yang paling indah melainkan puji-pujian hanya untukNya yang berhak,Dia yang Maha Mengerti,Dia yang Maha Mengetahui hamba2Nya,Dia yang banyak sekali memudahkan urusan hamba-hambaNya~Subhanallah!~Dan Perancangan Dia yang Maha Hebat!sungguh terasa diri sangat kerdil.
Betapa sejak dari kecil sehingga sekarang kita selalu merancang dengan sepenuh hati dan semuanya dgn izin Allah. Dan akhirnya Allah jua yang merancang sebaik-baiknya. Masih ingat sewaktu tamat persekolahan rendah tahun 1999, result UPSR biasa2 je..Alhamdulillah. Berkobar-kobar untuk meneruskan persekolahan di sekolah beraliran agama namun begitulah..memandangkan result yang biasa2, susah nak masuk sekolah beraliran agama. Perasaan sedih ketika itu, tp ayah yang bersungguh2 juga mencari sekolah agama dan alhamdulillah akhirnya Allah tetapkan saya di sekolah yang agak jauh dengan rumah.Cuma bertahan setahun sahaja di sana dan akhirnya di tukar ke sekolah agama yang dekat dengan rumah..Subhanallah..Bila saya imbas kembali, semuanya perancangan Allah.Allah yang Maha Mengetahui kemampuan hambaNya, Dia yang tidak akan pernah membiarkan hamba2Nya terkapai2.
Teringat dialog bersama ayah yang merupakan inspirasi saya untuk terus maju meneruskan kehidupan, disaat anaknya mengadu sambil menangis..Ungkapan yang ringkas tetapi sangat bermakna : anakku,sabarlah..Ayah jua yang banyak menolong saya ketika saya mengharapkan bantuannya mengajar bahasa arab..Disaat saya juga menelefon ayah untuk meneruskan niat menghafaz alQuran selepas tamat PMR, namun perancangan Allah bahawa belum tiba masanya untuk saya meneruskan niat itu kerana tarikh untuk daftar Maahad Tahfiz telah tamat. saya pasrah dan yakin akan ketetapan Allah. Benar,Dia telah merancang yang terbaik untuk saya..Akhirnya Allah membenarkan niat saya untuk menghafaz al Quran selepas SPM. Disaat ketika itu, teruji memikirkan umur saya : emm,3 tahun diploma..lepas tu nak ambil ijazah 4 tahun-master 3 tahun-phd 2tahun..Bila nak habis belajar ni ayah?..Ringkas nasihatnya namun sangat bernilai dan disemat pesanan ini sampai bila-bila: Belajar itu tidak kenal usia, sampai bila-bila pun kena belajar..(^_^)
Sekali imbas, semuanya tidak pernah dirancang langsung. Tapi ungkapan yang layak untukNya hanyalah 'alhamdulillah'
Benarlah Allah banyak sekali memberikan nikmatNya kepada kita.Tidak pernah terhitung dan takkan pernah blh dihitung.Subhanallah~
Malaysia ke Mesir,9hb10..tarikh ini masih keramat dalam sanubari saya.saya tidak akan pernah melupakannya kerana tarikh ini terlalu bermakna buat saya..siapa sangka mesir juga tempat pilihan saya padahal mungkin dalam senarai adalah pilihan terakhir.Teringat dialog saya dengan teman seperjuangan:
Ukhti : enti,nak pergi mana ni?buat keputusan sekarang?nak Jordan, Syria ke mesir?-pilihan pertama ketika itu Ummu Qura' tp terpaksa diketepikan memandangkan tiada mahram~
Saya : TIDAK TAHU
Ukhti :ukht,enti pergi dengan tajaan apa ni?
Saya :Tengah tunggu jawapan Yayasan Terengganu
Ukhti : kalu gitu,enti pergi mesir
Mungkin perasaan ketika itu masih berbelah bagi, namun setelah istikharah+musyawarah akhirnya saya pasrah lagi. Mungkin ketika itu, ustaz2 sangat mengharapkan saya meneruskan pengajian selain Mesir dgn alasan mesir ramai pelajar melayu+ramai sangkut dan apa-apa lagi. Saya pun tidak berani bercakap apa-apa cuma TAWAKKAL pergantungan harap kepada Allah sangat tinggi. Dia yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba2Nya.
Surah Yusuf memberi kekuatan meneruskan juang, merindui ilmu2Nya untuk sentiasa dekat denganNya.
"Masuklah kamu ke negeri mesir insyaAllah dalam keadaan aman"(surah Yusuf :99)
Saat ini, saya banyak mengimbas kembali dan saya bersyukur. Berusaha mengambil pelajaran dr rencana Allah yang Maha Hebat berdasarkan kisah2 anbiya', mereka yang kental imannya,terus mencari petunjuk Allah menjadi hamba Allah yang rabbani berharap dan terus berharap,akhirnya neraca Allah jua yang Maha Hebat.Subhanallah!
Kita merancang dan terus merancang, mungkin selepas degree ambil Master dan PHD inshaAllah. Semakin berkobar-kobar nak jadi ulama' lagi-lagian baru je habiskan pembacaan mengenai kehidupan Saidatina Aisyah Radiyallahuanha isteri junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Mengambil inspirasi dan roh semangat serta kefahaman & kecintaannya kepada ilmu dan ummah..Jangan terus jemu doa doa..
Akhir kalam, mintalah kepada Dia kerana Dia yang Maha mengerti~
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) terhadapKu ,Maka sesungguhnya aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu, agar mereka memperolehi kebenaran" (surah alBaqarah : 186)
MaryamMohdDin
1.15a.m
Malaysia