Sabtu, 23 Juli 2011

Ramadhan syahadah!





Salam alayk.Semoga semua baik dan lebih baik.

Seminggu sudah berlalu imtihan. Alhamdulillah.Mohon doa semua semoga sukses untuk imtihan kali ini walaupun terasa agak mencabar. Allahul Musta'an. semoga akhirnya kecemerlangan hakiki adalah redho atas ketentuan dan ketetapanNya.
Beberapa bulan tidak diberi keizinan untuk updates blog. Mungkin kerana kurang cekap dengan pengurusan masa, sungguh sangat terasa dengan keadaan sekarang. Saya cuba juga mencari masa untuk menulis, semoga niat ikhlas kerana Allah Taala. ameen.
Usai imtihan, memikirkan pula taklifat yang sangat banyak. Benarlah rehat hakiki di syurga. Persiapan untuk ramadhan berbaki 7 hari lagi, mengharapkan dengan perasaan khauf dan raja'.Ramadhan kali ini hadaf tetap sama iaitu menjadi hamba Allah yang rabbani, muttaqin,mukhlisin. Sangat berharap ramadhan yang bakal dilalui ini baik dan lebih baik yang akhirnya menjadi insan yang suci bersih jiwanya,jernih hatinya, tinngi juhudnya, teguh azamnya. Ramadhan syahadah Ramadhan intisor. Syawal menyaksikan insan baru yang sentiasa tawadduk dgn TuhanNya. ameen. Masih belum terlambat untuk membuat persiapan dan persediaan yang baik dalam menghadapi Ramadhan. Saya suka mengajak semua untuk sentiasa tajdid niat dan kembali kepada hadaf kita diciptakan.

Ramadhan,
Aku datang padamu...
Menunggu dengan penuh khauf dan Raja',
izinkan daku ya Rabb..
sampai di bulan ini..
Ramadhan syahadah Ramadhan intisor!

Ya Rabb..Izinkan daku membenarkan janji!

Mohon doa semua! saya cuba untuk post2 akan datang spesifikkan tajuk. Mungkin lebih jelas apa yang nak disampaikan.Inshaallah. Menyahut seruan Allah dan Rasulnya menyampaikan fikrah Islam yang jelas. Jadi, untuk itu saya melihat perlunya kerahan tenaga yang banyak dari diri2 kita. Kita memberi dan menerima,ia seiring. Itulah Tarbiyyah. Kepantasan dan cepat dalam melakukan sesuatu kerja itu sangat penting kerana wajibat terlalu banyak. Rasa cukup tidak mampu menghasilkan kemajuan yang besar dan peningkatan dalam kehidupan lebih2 lagi untuk dakwah ini. Beberapa hari ini, saya sedar saya menghadapi konflik diri bertarung dengan kemampuan sendiri. Saya rasa kemampuan saya begini, Tp orang sekeliling saya memandang kemampuan saya begini. Dan di sinilah saya belajar perlunya orang2 disekeliling kita menjadi cermin buat kita. Akhirnya saya membuat kesimpulan semua orang ada kemampuan yang tersendiri. Yang paling penting, bangunkan potensi dan garapkannya semaksima mungkin. Juhud yang tinggi sangat diperlukan. Saya teringat jawapan murabbi saya bila ditanya kenapa Ustaz boleh jadi hebat begini.."katanya: Kerana Dakwah ini, akhirnya menjadi saya seorang yang berani untuk mecuba.Rupanya saya boleh! Semoga Allah membantu kita semua dalam kerja-kerja kebaikan ini dan saling menguatkan.ameen.

"try {parent.deselectBloggerImageGracefully();} catch(e) {}" href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEglVv3yhDRO_4-lnzO3NvI7X07bhpnUs4xcxymNkP4O4qZ4l0mCsTtnPcIcrxrfcsLeqeAAHMF9cpYkOZfEczR-Nx6Gvb2IdOBtDjzscvRBwgFd7Wi7swR8aF4BsQfc7FJyRK_VNNC6j0Yl/s1600/Ramadhan+coming+4.jpg">

AlQuran motivasi orang mukmin!

Maksud Firman Allah : Siapakah yang lebih baik perkataannya melainkan sesiapa yang mengajak kepada Allah dan beramal soleh....

Maksud Firman Allah : Wahai Yahya, terimalah kitab itu dan beramallah dengan sungguh-sungguh...(surah Maryam :12)

Alhamdulillah 'Ala kulli hal.Semoga kita terus thabat atas jalan dakwah dan tarbiyyah ini. Dua ayat yang saya bawakan tadi sudah jelas mengenai wajibat setiap muslim dan kesungguhannya dalam beramal.Jadilah kita manusia sentiasa mensyukuri nikmat2 ini. Alhamdulillah.

Maksud firman Allah : Maka apabila manusia disentuh dengan sesuatu bahaya , ia segera berdoa kepada kami..kemudian apabila Kami memberikan sesuatu nikmat sebagai kurnia dari Kami, berkatalah ia dengan sombong : Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepndaian yang ada padaku. Tidaklah benar apa yag dikatakan bahkan pemberian nikmat Allah itu adalah ujian adakah ia bersykur atau sebalinya, akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui hakikat itu.(surah az-Zumar ayat 49)

Akhirul kalam.semoga Allah memberikan kita taufiq dan hidayah dalam memikul tanggungjawab yang besar ini.Semoga Ramadhan yang akan dihadapi yang sentiasa berbeza suasananya setiap tahun mencapai hadaf yang diharapkan.Biiznillah! Disinilah kita perlu melakukan kaedah sulbah iaitu memilih teman yang baik, bila kita salah, kita diingatkan dan juga bia'h solehah dalam bait dakwah yang kita harapkan.ameen.Semoga menajadi qudwah.ameen.

Mungkin jua ramadhan kali ini kali terakhir buat kita..sama2 muhasabah!

Wallahua'lam.

Selasa, 22 Maret 2011

Monolog



Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah,thumma alhamdulillah~Tiada ungkapan yang paling indah melainkan puji-pujian hanya untukNya yang berhak,Dia yang Maha Mengerti,Dia yang Maha Mengetahui hamba2Nya,Dia yang banyak sekali memudahkan urusan hamba-hambaNya~Subhanallah!~Dan Perancangan Dia yang Maha Hebat!sungguh terasa diri sangat kerdil.

Betapa sejak dari kecil sehingga sekarang kita selalu merancang dengan sepenuh hati dan semuanya dgn izin Allah. Dan akhirnya Allah jua yang merancang sebaik-baiknya. Masih ingat sewaktu tamat persekolahan rendah tahun 1999, result UPSR biasa2 je..Alhamdulillah. Berkobar-kobar untuk meneruskan persekolahan di sekolah beraliran agama namun begitulah..memandangkan result yang biasa2, susah nak masuk sekolah beraliran agama. Perasaan sedih ketika itu, tp ayah yang bersungguh2 juga mencari sekolah agama dan alhamdulillah akhirnya Allah tetapkan saya di sekolah yang agak jauh dengan rumah.Cuma bertahan setahun sahaja di sana dan akhirnya di tukar ke sekolah agama yang dekat dengan rumah..Subhanallah..Bila saya imbas kembali, semuanya perancangan Allah.Allah yang Maha Mengetahui kemampuan hambaNya, Dia yang tidak akan pernah membiarkan hamba2Nya terkapai2.

Teringat dialog bersama ayah yang merupakan inspirasi saya untuk terus maju meneruskan kehidupan, disaat anaknya mengadu sambil menangis..Ungkapan yang ringkas tetapi sangat bermakna : anakku,sabarlah..Ayah jua yang banyak menolong saya ketika saya mengharapkan bantuannya mengajar bahasa arab..Disaat saya juga menelefon ayah untuk meneruskan niat menghafaz alQuran selepas tamat PMR, namun perancangan Allah bahawa belum tiba masanya untuk saya meneruskan niat itu kerana tarikh untuk daftar Maahad Tahfiz telah tamat. saya pasrah dan yakin akan ketetapan Allah. Benar,Dia telah merancang yang terbaik untuk saya..Akhirnya Allah membenarkan niat saya untuk menghafaz al Quran selepas SPM. Disaat ketika itu, teruji memikirkan umur saya : emm,3 tahun diploma..lepas tu nak ambil ijazah 4 tahun-master 3 tahun-phd 2tahun..Bila nak habis belajar ni ayah?..Ringkas nasihatnya namun sangat bernilai dan disemat pesanan ini sampai bila-bila: Belajar itu tidak kenal usia, sampai bila-bila pun kena belajar..(^_^)

Sekali imbas, semuanya tidak pernah dirancang langsung. Tapi ungkapan yang layak untukNya hanyalah 'alhamdulillah'

Benarlah Allah banyak sekali memberikan nikmatNya kepada kita.Tidak pernah terhitung dan takkan pernah blh dihitung.Subhanallah~

Malaysia ke Mesir,9hb10..tarikh ini masih keramat dalam sanubari saya.saya tidak akan pernah melupakannya kerana tarikh ini terlalu bermakna buat saya..siapa sangka mesir juga tempat pilihan saya padahal mungkin dalam senarai adalah pilihan terakhir.Teringat dialog saya dengan teman seperjuangan:

Ukhti : enti,nak pergi mana ni?buat keputusan sekarang?nak Jordan, Syria ke mesir?-pilihan pertama ketika itu Ummu Qura' tp terpaksa diketepikan memandangkan tiada mahram~
Saya : TIDAK TAHU
Ukhti :ukht,enti pergi dengan tajaan apa ni?
Saya :Tengah tunggu jawapan Yayasan Terengganu
Ukhti : kalu gitu,enti pergi mesir

Mungkin perasaan ketika itu masih berbelah bagi, namun setelah istikharah+musyawarah akhirnya saya pasrah lagi. Mungkin ketika itu, ustaz2 sangat mengharapkan saya meneruskan pengajian selain Mesir dgn alasan mesir ramai pelajar melayu+ramai sangkut dan apa-apa lagi. Saya pun tidak berani bercakap apa-apa cuma TAWAKKAL pergantungan harap kepada Allah sangat tinggi. Dia yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba2Nya.

Surah Yusuf memberi kekuatan meneruskan juang, merindui ilmu2Nya untuk sentiasa dekat denganNya.

"Masuklah kamu ke negeri mesir insyaAllah dalam keadaan aman"(surah Yusuf :99)

Saat ini, saya banyak mengimbas kembali dan saya bersyukur. Berusaha mengambil pelajaran dr rencana Allah yang Maha Hebat berdasarkan kisah2 anbiya', mereka yang kental imannya,terus mencari petunjuk Allah menjadi hamba Allah yang rabbani berharap dan terus berharap,akhirnya neraca Allah jua yang Maha Hebat.Subhanallah!

Kita merancang dan terus merancang, mungkin selepas degree ambil Master dan PHD inshaAllah. Semakin berkobar-kobar nak jadi ulama' lagi-lagian baru je habiskan pembacaan mengenai kehidupan Saidatina Aisyah Radiyallahuanha isteri junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Mengambil inspirasi dan roh semangat serta kefahaman & kecintaannya kepada ilmu dan ummah..Jangan terus jemu doa doa..

Akhir kalam, mintalah kepada Dia kerana Dia yang Maha mengerti~

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) terhadapKu ,Maka sesungguhnya aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu, agar mereka memperolehi kebenaran" (surah alBaqarah : 186)

MaryamMohdDin
1.15a.m
Malaysia

Sabtu, 12 Februari 2011

ya ILAHI~


Pengorbanan dan juhud mereka sangat besar kerana cinta syahid

Assalamualaikum w.b.t

Izzayik?mg sentiasa dalam rahmat Allah!

Alhamdulillah,sekarang berada di Malaysia-Putrajaya.Walaupun jasad di sini tapi jiwa masih di sana~Mg terus diberi kekuatan oleh Allah untuk menangkan Deenul Islam ini.Harapan semoga dapat kembali lagi di bumi Tarbiyyah byk mengajar erti kehidupan.Alhamdulillah 'ala kulli hal~Tidak sabar untuk bertemu permata ayahbonda di negeri kelahiran.Alhamdulillah,berita mengenai Hosni Mubarak 11Februari 2011 mengumumkan untuk melepaskan jawatan presiden memberi satu harapan untuk pulang cepat2 ke Mesir.Rindu pada bumi itu,rindu pada Tarbiyyah,rindu pada Bayt Umar alFarouq,Buku2 yang ditinggalkan dan pada semuanya.Alhamdulillah atas nikmat 'rindu' itu.Untuk kenyataan lebih lanjut,Hosni Mubarak turun blh rujuk di sini: http://inijalanku.wordpress.com/2011/02/12/mesir-mubarak-turun-majlis-tertinggi-tentera-ambilalih/

12 Feb

Tarikh ini bermakna mengingatkan hari kesyahidan seorang Mujaddid yang cemerlang hidupnya,Imam Hasan Al-Banna yang "pendek tetapi panjang" (1906 - 1949) dengan asasnya yang kuat semenjak kecil, pembentukannya yang tinggi, pembinaannya yang bertambah kemuncak dari hari kehari bahkan detik demi detik. Pembinaan dakwah berlaku melalui tangannya, sebagai satu gambaran daripada aktivitinya yang tertegak di atas kefahaman yang luas dan mendalam, yang disandarkan kepada keikhlasan yang mendalam, ketepatan yang unggul dalam usaha untuk merealisasikan amalan yang tersusun (berorganisasi) dan lantas melaksanakannya. Justeru itu maka telah terkumpullah untuk dakwah ini rukun-rukun kejayaan yang terpenting dan terlaksanalah baginya ufuk-ufuk penyebaran.



Sesungguhnya al-Imam telah menunaikan janji kepada Allah.Semoga Allah mengizinkan yang masih menunggu ini menunaikan janji ini.

Maksud Firman Allah Taala:

"Dan di antara orang-orang mukmin itu ada orang yang telah membenarkan apa yang mereka telah janjikan kepada Allah,Dan di antara mereka ada yang gugur dan di antara mereka pula ada yang menunggu-nunggu dan mereka sedikit pun tidak mengubah janjinya "(surah al-Ahzab ayat 23)

"ya Alah,izinkan kami untuk membenarkan janji kami sbg syuhada"

Tidak pernah menjangka dengan cuti 'mufajaah' ini.Semoga sentiasa memanfaatkan masa sebaiknya.Sentiasa mengambil berat sabda Nabi s.a.w : "Dua nikmat yang manusia sering lupa iaitu nikmat sihat dan masa lapang"
Subhanallah,hari-hari yang dilalui terkadang terasa hilang~takut terlena andai tidak dapat menjaga masa sebaiknya.Kepulangan ke tanah air kali ini mempunyai matlmat tersendiri menjadi anak yang terbaik untuk kedua ibu bapa,menjadi insan yang berpengaruh untuk ummah agar segala yang baik terkesan di jiwa.Ya Rabb,insan ini sentiasa mengharapkan bimbingan dari Allah,menjadi hamba yang sentiasa tawadduk..Pergantungan harap untuk Allah kerana Dia yang berhak ke atas hambaNya.Sungguh,jiwa ini kuserah kepada pemilik cinta yang Agung ini..Ya Ilahi,izinkan daku untuk mencintaiMu sepenuh hati..

Ayuh jiwa yang merdeka,
terus terbang,
jangan pernah kenal erti putus asa,
andai hilang,
bangkit kembali,
Ummah memerlukanmu~
Tugas ini tugas rijal yang berjiwa besar,
tugas dan beban yang memecahkan tulang belakang,
menggentarkan setiap jiwa dan menggoncangkan seluruh sendi~

Pesanan Salafussoleh menjadi motivasi diri :

"Alangkah hebatnya agama ini sekiranya mempunyai lelaki yang berjiwa besar"

Ya Rabb,berilah kekuatan kepada kami untuk meneruskan jalan juang yang panjang ini..

Terkenang dialog bersama akhawat: ana nak syahid ukht!InshaAllah,semoga sama2 terus THABAT atas jalan ini.Allah tahu yang terbaik untuk hambaNya.Kenangan bersama akhawat semasa transit di Jeddah beserta nasihat membina yang sentiasa sebati,kisah tokoh2 syuhada,ziarah menziarahi menguatkan ikatan cinta kerana Allah yang sedia ada.Semoga terus nasyat walau di mana berada~Pohon doa dari semua!

Akhir kalam,mohon doa dari semua agar tidak terlena dengan nikmat masa lapang.Selamat beramal~Semoga sentiasa disibukkan dengan ilmu,iman dan amal.

Wassalam.

Jumat, 24 Desember 2010

اللهم يصلح حالک





Salam alayk

Alhamdulillah atas nikmat Iman dan Islam.Moga thabat dgn nikmat2 ini.
Teringat pesan pak cik teksi dan meminta saya mengambil berat akan apa yang nak disampaikan :اللهم يصلح حالک..dari awal naik teksi sampai ke akhir perjalanan..Saya minta doa,dan itulah doa yag diulang2..Subhanallah!semoga menjadi pendorong saya dan teman2 semua untuk beramal dan memperbaiki diri menjadi lebih baik!

Tiada qonun yang adzim melainkan apa yang diseru oleh Allah dalam firmanNya yang bermaksud:"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri"(Surah Ar-Ra'd ayat 11)

Akhirul kalam,mari sama2 tingkatkan iman dan amal.Saya akhiri dengan kalam Dr Yusuf al-Qardhwi :

"Sesungguhnya kebahagiaan itu ialah anda hidup,
untuk pemikiran yang benar dan kukuh,
untuk akidah yang terbesar yang menyelesaikan,urusan alam yang lampau,
jawablah soalan yang disoal oleh orang yang tertanya-tanya,
Dari mana aku datang?,
kenapa aku dijadikan?,
Adakah aku hidup kembali?
Lalu bersinarlah keyakinan di dalam jiwa,
terusir segala keraguan yang nakal dan derhaka,
terdidiklah fikiran yang waras,
terciptalah akhlak yang mulia,
dan kembalilah setiap akal ang menyeleweng kepada jalan yang benar dan lurus,
hidupmu akan dikurniakan nilai,
oleh TuhanMu agar hidup terbina,
ke arah cita2 yang tinggi dan mulia,
supaya matamu memandang di segala ufuk,
di sanalah kamu hidup kekal dan tidak fana',
kau tudung bumimu dengan langit,
dan para malaikat menjadi saksi,
itulah akidah Islam untuk muslim yang bahagia,
itulah asas,itulah tiang serinya,
sesiapa yang hidup memikulnya sambil memekik dengan namanya,
dialah orang yang berbahagia"

~Akhirnya,doakan saya dan semuanya untuk menghadapi imtihan~Mg sukses!

8 hb1 2010- Qodoya Fiqhiyyah Mu'asoroh
11hb1 2010- Tauhid
15hb1 2010- Sirah Nabawiyyah
18hb1 2010- Dakhil fi Tafsir
22hb1 2010- Wasail da'wah

Mohon didoakan!sentiasa mendoakan!~Wattaqullah WA Yu'alimmukumullah~

Rabu, 27 Oktober 2010

ALHAMDULILLAH(^_^)





Sudah hampir 5 bulan meninggalkan medan ini sehinggakan hampir terlupa password blog ini.hehe (^_^).Alhamdulillah Allah bagi kekuatan akhirnya untuk mencoret.Banyak peristiwa2 terjadi menjadikan kite semua lebih matang menghadapi hari-hari berbaki.Moga jauh dari masa2 kosong.Ya Rabb..perkenankan doa kami!
Benarlah kata Imam Hasan Al-Banna:'AlWajibat aksar minal waqt'
Kutip semangat dari kalam yang mulia,Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W :Kebaikan generasi pertama umat ini kerana adanya sifat syahid dan keimanan yang kuat dan binasanya generasi akhir ummat ini kerana adanya sifat bakhil dan berangan-angan(hadis Bukhari&muslim)

-membina semangat baru agar terus berniat benar dan berhimmah tinggi!Mengharapkan doa-doa dari teman-teman agar terus THABAT seperti generasi pertama!ameen.

Rabu, 26 Mei 2010

Ganbatte kudasai!



9.15p.m 26hb 5 2010(rehat sejenak dengan motivasi)

Assalamualaikum w.b.t…

Alhamdulillah,syukur dipanjatkan kepadaNya masih dikurniakan rahmat dan berkat yang x terperi,sehingga ke hari ini,Moga langkah ini akan terus menyusuri,jalan juang yang penuh dengan onak dan duri,Bersabar hanya mengharap redho Ilahi,dengan himmah yang tinggi,Kemahuan dan keinginan yang x berbelah bagi,Hanya keranaMu ya Rabbul Izzati..Ya Allah,sampaikanlah pada kami niat yag terbaik!
~Allahumma Fasyhad!
~Di sini saya ingin mengucapkan salam imtihan pada semua,moga terus bersemangat dan berazam serta berusaha dan berdoa kerana kecemerlangan adalah milik umat Islam.jangan lupa doa saya!
~Berikutan adalah jadual Imtihan saya pada semester kali ini..(tlg doakan ya!)

AlQuran Tahriri – 31hb5
Syubhat Haula Al Quran – 3hb 6
Tafsir Al Quran – 7hb6
Ulum hadis – 10hb 6
Adab dan balaghah – 14hb6
NuzuM Islamiyyah – 17hb 6
Hadis – 21hb6
Tayarat fikriyyat mu`asoroh – 24hb6
b.inggeris - 26hb 6
Akhlak – 28hb6
Tauhid – 1hb 7

~Mumtaz berusaha berdoa bertawakkal~

Semoga dalam kesibukan dalam berimtihan,jangan lupa amal kita untuk bekerja keras untuk agama ini..Moga Allah bagi yang terbaik! Cha iyo! Ganbatte Kudasai!!!

Ya Allah,bantu kami!~saya nak MUMTAZ!sape mahu join saya?...Yup!!!
Akhirnya saya mengakhirinya dengan tazkirah ringkas:

BErsangka baik DenGan ALLAH!

~p/s : jgn tension k..-pastikan niat yang terbaik kerana Allah,belajar untuk menangkan agama dan pastinya janji Allah untuk mereka adalah syurga!
~mohon maaf pada semua terutama mak dan ayah serta keluarga dan tidak lupa pada teman2 seperjuangan yang dekat dengan saya..!~senyum sentiasa!~
~Buat teman2 seperjuangan di Malaysia..saya tidak bisa melupakan kalian!~Munjiah yang sentiasa memberi semangat ringkas,Chaiyyok!!,kamy yang sentiasa menemani saya ketika saya yg study,Maryam jameelah yang x jemu2 memberi semangat panjang macam tazkirah dan yang lain2 yang xdisebut nama jgn seedy ya!!~saya dah kena study ni!hihi ^^^

~Buat mak dan ayah serta my family dan ummat seluruhnya..jangan lupa doa saya!~mampukah saya untuk menghadiahkan mereka dengan “MUMTAZ” untuk kali ini?!
-Doakan kami semua!

~والله يعلمكم

Sabtu, 27 Februari 2010

Bicara tentang CINTA



Bercakap mengenai cinta..kebanyakan orang di fikirannya pasti akan terlintas dengan cinta sesama lelaki dan perempuan..Ya ke?Adakah entri saya pada kali ini berkisar mengenai cinta itu juga..em..malu untuk meluahkanya tapi susah jugak bila dipendam..hehehe..Kadang2 orang sempit menilai kata cinta ini..kadang2 cinta sesama lelaki dan perempuan tiada batasan sehinggakan kita selalu terdengar di paparan berita dan akhbar mengenai cinta terlarang ini sehingga melahirkan anak di luar nikah bahkan diseksa si anak yang xberdosa.Astaghfirullah!Moga kita semua dijauhkan dengan cinta buta ini..

Cinta?Sukar untuk digambarkan..sukar untuk ditafsirkan..ya benar!saya telah jatuh cinta!Cinta ni sangat luar biasa..saya tidak pernah menemuinya..Namun saya sedar dia juga mencintai saya..Cinta saya bukan bertepuk sebelah tangan..saya bahagia kerana dapat mencintainya..alhamdulillah..moga Cinta ini kekal selamanya..moga cinta ini akan terus mekar dan subur menyahut seruanNya sampaikan walau satu ayat..Cinta ini xkan padam..moga saya terus haus dengan cintanya..Cinta ini membuatkan hamasah saya terus membakar...yaAllah..izinkan saya mencintainya..izinkan saya menemuinya..izinkan saya berbakti untuk agama ini..izinkan saya untuk mengabdikan diri..

~sanah helwah ya Rasulullah~SOLLU 'ALA NABI!!!






Alhamdulillah..moga Allah membenarkan cinta ini..ya Rasulullah..Engkaulah qudwah hasanah sepanjang zaman..Engkaulah bapa!engkaulah suami,Engkaulah ketua.engkaulah sahabat..engkaulah ikutan yang terbaik!.Terima kasih atas cinta ini!!!moga aku tidak hanyut dengan cinta yang murah..YaAllah,jagalah hati ini!!!

Senin, 22 Februari 2010




21 Feb 201,saya dengan buku di Maktabah Universiti alAzhar,kaherah Banat

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah..Allah megizinkan saya untuk menulis lagi.Alhamdulillah saya cuba untuk mencuri masa untuk menulis..inshaallah..Semuanya berkat masa yang merupakan anugerah dari Allah..Terima kasih Allah..

Semalam..21 Feb 2010 adalah merupakan fasa 2 baru untuk pengajian kuliah usuluddin tahun 2..begitu juga dengan kuliah2 yang lain..Alhamdulillah..saya rasa bersyukur kerana tarikh ini sangat berharga untuk saya..walaupun sudah hampir setahun setengah saya disini..namun sebenarnya saya rasa saya banyak cuai dan xbanyak mengkaji..rupanya banyak benda saya belum dalami..kekadang terasa bila dah meningkat usia dan bertambahnya ilmu..terasa rendah diri..seakan2 tiada apa-apa di dada..Namun Allah memberi peluang kepada saya..saya bersyukur!

Saya melangkah menuju kelas..Hamasah saya membara untuk belajar tingkatkan diri..untuk belajar kerana Allah dan Islam yang saya sayangi..Alhamdulillah..hari ini saya bersyukur kerana semua doktor masuk..saya x menduga dan menjangka..saya meyakini hari ni doktor2 pasti x datang..maklumlah hari pertama kuliah..namun sangkaan saya meleset..inilah ketetapan Allah!Saya dapat kata2 tasyji' dari doktor..Pesannya..Orang alim ni pakar dalam semua bidang lebih2 lagi beramal dan tadabburi AlQuran dan AsSunnah..Seperti saya juga..kalu nak jd alim mesti pakar dalam bidang yang diceburi..Inshaallah saya yakin dengan Allah dan pertolongannNYa..Inshaallah..Semua dengan izinNya!Doakan saya dapat masyikan alQuran bersama tadabbur denganNya.Saya akan pastikan tahun ni saya lebih berani dan tidak lupa untuk saya meminta doa dari sahabat2 saya..Doakan saya!

Inshaallah..saya selalu ingat pesan Nabi supaya itqan dengan sesuatu amal..dan orang yang berilmu ni dimudahkan untuknya jalan ke syurga..Terima kasih ya Rasulullah!Terasa engkau terlalu dekat denganku lebih2 lagi tarikh kelahiranmu begitu hampir.Saya sentiasa berharap bertemu dengannya.Dialah qudwah hasanah yang terbaik!Alhamdulillah..

Saya bersyukur dan mengharapkan akan terus jd orang yang paling bersyukur!

Jadilah pencinta pada Ilmu!Manisnya ilmu bila beramal dengannya!Jgn lupa niat ikhlas kerana Allah!Risalah dan syahadah milik kita semua!Buktikan kecintaan itu!Yup..boleh2!MUMTAZ FI HAZIHI SANAH!

Bangkitlah wahai jiwa!Mana jiwa yang mengkaji!Mana Ulul Albab di abad ini!Mana????
~Jawab sendiri ye~

~maaf yup sebab blog kali ni lebih kepada luahan perasaan~hehe

-maktabah universiti alAzhar,Kaherah Banat di tingkat 4.yang pasti kena buat kad dulu baru blh masuk!ok!Boleh lebih explore ye!-sebab saya dapati maktabah itu sentiasa kosong!-Harap ambil manfaat!Ummat memerlukan orang yang mengkaji!

Kamis, 21 Januari 2010

ADA APA DENGAN ANUGERAH JUARA LAGU 2010?

http://idhamlim.blogspot.com/2010/01/anugerah-juara-lagu-24.html

Fikir-fikirkanlah...jika anda adalah mukmin yang berfikir!!Luaskan pemikiran anda!Anda mampu untuk mengubahnya!!!Buktikan bahawa kita semua muslim yang izzah dengan Islam!Sesungguhnya Islam adalah tinggi!!Bangkitlah bangunlah ummat!!!!

Selasa, 19 Januari 2010

BANGKITLAH!!!~Ummah memerlukanmu~

Di kaca TV sebuah media perdana di Jawa Indonesia....."Kita semua sudah berdosa! Allah Maha Kuasa! Allah Maha Penyayang! Kembalilah kita semua ke jalan Allah! "Kembalilah ke Yesus Kristus dan Bunda Maryam!"....apakah kesannya kepada masyarakat yang jahil dan lemah imannya di sekitar kita?

Tembok keluli bawah tanah binaan Zionis Arab yang mengepung sempadan Mesir-Gaza.....adakah kita mahu biarkan sahaja projek zalim ini?

Penggunaan kalimah Allah dalam 'Herald - The Catholic Weekly' - Kemudian, ada permintaan untuk menggunakan nama Masjid Kristian menggantikan gereja. Apa pandangan anda?

Sebenarnya terlalu banyak isu2 ummat yang semakin hari membuatkan kita berfikir,Bagaimana untuk bangun bangkit dan mara kembali menjulang dan meninggikan Kalimatullah!Tidak lain tidak bukan bermula dari kesedaran diri sendiri...

Dalam kesibukan kita berimtihan...lupakah kita bahawa dunia semakin tua,ummat semakin parah dan tenat!Apakah kita hanya mampu berdoa,sedangkan Allah memberi qudrat kepada hambaNya untuk bergerak,menyampaikan risalah Lillah..Ayuh syabab ayuh fatayat!!!!BANGUN BANGKIT UNTUK ISLAM!!!!Umat Islam seluruh dunia BANGUNLAH KALIAN!!!!Kita semua kena bekerja keras memerah keringat dan berpenah lelah!Yakinlah penat lelah kite berbayar dengan jannah!!!Mulakan dengan orang yang paling rapat!!!

~Berletihlah..sesunngguhnya manusia yang letih ialah manusia yang besar keinginan dan harapannya untuk Islam!!!~

AYUH...BANGUN WANITA MUSLIMAH!! MANA PERGINYA JIWA2 YANG SEDAR?






Menjawab persoalan ini..marilah kita semua yang bergelar wanita muslimah untuk sama2 mempertingkatkan ilmu serta amal,membangkitkan potensi diri dan peranan sebagai muslimah dan pemangkin generasi ummah melalui satu program yang akan mendedahkan siapa anda sebagai muslimah?apa peranan anda?!Ayuh!jgn buang masa!jgn bagi alasan...!Segeralah menyahut kebaikan!!!

-maklumat HARWANIS seperti diatas-

Pelbagai pengisian menarik menanti anda!!jangan lepaskan peluang!!

Wanita Muslimah; Tanggungjawab daripada perspektif syarak dan sosial..jom bersama-sama ke Hari Wanita Islam 2010 di ARMA,19 Feb 2010 bermula jam 830 pagi..ayuh muslimah,tamat sudah zaman tidurmu..bangkitlah kerana ramai yang menanti kebangkitanmu..kerana dirimu muslimah harapan ummah!!

Apakah agama itu mundur sedangkan aku hidup!!!Ayuh muslimah,bangun bangkit!!!mainkan peranan anda!!!!!!

Minggu, 27 Desember 2009

Saya nak jadi seperti perawi Qiraat!!!



Intro..
Akak..saya rasa xbersemangat hari ni..Kenapa ya uhtie?Hmm...ada perkara saya x berapa faham dalam madah ni..akak,tolong sangat2 doakan saya!Saya rasa xmampu!..Motivasi dari sahabat saya:Ya ukhtie,anti kena kekalkan pencapaian dan pertigkatkan..Enti mampu!Enti kena izzah dgn Islam!!!Dan alhamdulillah,saya dapat kembalikan kekuatan(Semuanya dengan izin Allah) kerana saya sentiasa berharap rahmat dan kasih sayangNya!Jadi,saya ingin berkongsi pesanan dan pengajaran yang saya boleh ambil hasil dari motivasi sahabat saya!

Kisah ini sangat menarik menaikkan semangat dan kekuatan!Alhamdulillah!

Terdapat seorang perawi Qiraat..Dalam masa yang sama mempelajari ilmu nahu..Namun begitu,suatu ketika dia tidak memahami satu bab dalam ilmu nahu..Ouh,pastinya kerisauan dalam diri kita sepertimana lebih2 lagi imtihan semakin hampir..Em,,saya x habis baca buku lagi..em...saya xfaham!!Apa yang kita lakukan?Hnya mengeluh!!Pastinya tidak dapat menyelesaikan masalah!

Sambung cerita tadi,Apa yang dilakukan oleh perawi Qiraat ini?Dia infaq beribu2 dirham semata2 untuk memahami ilmu.Agak2nye org yg nk sampai tahap macam tu dan sanggup buktiknnya dgn usaha...Allah bg x?Pastinya Allah melihat amal dan usaha hambaNya!Dia infaq, bersedekah dgn niat mudah-mudahan Allah mudahkn bagi dia utk faham ilmu.Bukan sikit dia infaq tp banyak sekali kerana nilai ilmu satu bab tadi.Subhanallah..Akhirnya perawi qiraat ini bukan setakat pakar dalam ilmu qiraaat tapi dalam ilmu nahu juga.Alhamdulillah..Jadinya apabila kita bersedekah dalam erti makna yang meluas,Allah pasti akan luaskan rezkiNya..Bila kita bersyukur,Allah akan tambahkan RezkiNYa!Maha hebat ALLAH!!!Syukur di saat2 susah adalah Redho..Moga menjadi orang bermanfaaat pada semuanya!

Akhirnya..Saya ingin mengucapkan selamat bermujahadah,berusaha,berdoa,bertawakal,bersyukur,bersabar..Moga kejayaan menjadi milik kita bersama!Sesiapa yag memerlukan pertolongan dalam apa2 sahaja,saya siap membantu!!!

Saya berazam untuk menjadi orang bermanfaat!Sebarkan ilmu niat ikhlas kerana Allah!

SELAMAT BERAMAL..~MOGA BERMANFAAT DAN BERMOTIVASI~
jangan lupa doa saya!

Sabtu, 26 Desember 2009

YaAllah..rahmatilah kami!






Countdown Gegar Imtihan:19 Hari lagi..



Wah..semua perasaan ada..Namun,masih belum terlambat untuk dapat yang terbaik!We can do it!Pastikan niat x tersasar..Imtihan dunia ini untuk Islam pastinya!moga menjadi bonus untuk dakwah!!imtihan akhirat jua perlu dilipatgandakan usaha dan amal kerana ia adalah yang terakhir!!!

Ini adalah kali ke 2 saya akan menghadapi imtihan di bumi kinanah..xdinafikan pasti ada perasaan yang xdiingini berlaku..macam mana untuk menghilangkan rasa xselesa ini?Kembali pada Allah..saya pernah meluahkan kepada sahabat saya...Enti..,ana rasa macam xmampulah nak mantainkan result pada kali ini..Motivasi dari sahabat saya: Yakin pada Allah ya ukhti!Inshaallah,bila dah berusaha.bykkan doa dan tawakal tinggi kat Allah!La tahzan,Allahumaaki!~yakin ng Allah dan pertolonganNya...
Itulah yang saya harapkan..moga Allah menurunkan rahmat kepada kita semua di musim imtihan ini.InshaAllah,moga niat ikhlas kerana Allah!!

Kepada semua..selamat berusaha.lipatgandakan mujahadah..antum masih belum terlambat untuk meraih MUMTAZ kerana Allah!Inshaallah,semua ini dengan berkat kesabaran dan pengorbanan serta doa yang berterusan!Moga tawakkal tinggi kerana Allah!Ameen.Bittaufiq wannajah!!!

Semoga menjadi orang yang sentiasa redho dengan segala ketentuan dan ketetapan Allah..kerana semuanya dari Allah,..moga menjadi orang yang paling bersyukur dan bersabar!serta orang yang paling merendah diri berhadaan denganNya!



~Akhirnya,saya memohon tolong pada semua untuk doakan kejayaan kami semua ini..~supaya dapat mantainkan akademik,dan dapat mempertingkatkan kualiti ilmu dan amal!..Ampun maaf pada semua andai ada silap dan salah selama bermu`ayashah dengan saya!Terima kasih pada semua!!!!

Moga bermotivasi!!

KEMANISAN IMAN DAN AMAL



Penghijrahan ini memerlukan pengorbanan dan himmah yang tinggi..Moga Allah thabatkan aku atas jalan dakwah ini....


Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah...akhirnya dengan izin Allah,..Allah memberi ruang kepada saya untuk mencoretkan sesuatu..Rasanya beum terlambat untuk mengucapkan selamat menyambut tahun baru Muharram..Moga bertambah lmu,iman dan amal..Azam dan hasrat baru untuk lebih bergerak maju dalam semua lapangan..Semoga berjaya!Selamat berhijrah!dengan makna pengorbanan dan jihad yang sebenar2nya!Ya..semoga hijrah Nabi Muhammad s.a.w memberi manfaat yang besar untuk kita terus kental berjuang berkorban kerana Allah..Selamat bermujahadah kerana mujahadah itu mahal harganya!!

Suka untuk mengingatkan diri sendiri dan semua untuk tingkatkan amal,antaranya ialah berpuasa pada hari aasyura yang banyak fadhilat dan kebaikannya..Sama2 kita berlumba2 ke arah kebaikan..

Berdasarkan beberapa hadits ditemukan anjuran Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam kepada ummat Islam agar melaksanakan puasa di tanggal sepuluh bulan Muharram. Tanggal sepuluh bulan Muharram biasa disebut Yaum ’Aasyuura (Hari kesepuluh bulan Muharram).

Suatu ketika Nabi Muhammad shollallahu ’alaih wa sallam mendapati kaum Yahudi sedang berpuasa pada hari ’Asyuura. Lalu beliau bertanya mengapa mereka berpuasa pada hari itu. Merekapun menjelaskan bahwa hal itu untuk memperingati hari dimana Allah telah menolong Nabi Musa bersama kaumnya dari kejaran Fir’aun dan bala tenteranya. Bahkan pada hari itu pula Allah telah menenggelamkan Fir’aun sebagai akibat kezalimannya terhadap Bani Israil. Mendengar penjelasan itu maka Nabi shollallahu ’alaih wa sallam-pun menyatakan bahwa ummat Islam jauh lebih berhak daripada kaum Yahudi dalam mensyukuri pertolongan Allah kepada Nabi Musa. Maka beliau-pun menganjurkan kaum muslimin agar berpuasa pada hari ’Asyuura.

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدِمَ الْمَدِينَةَ فَوَجَدَ

الْيَهُودَ صِيَامًا يَوْمَ عَاشُورَاءَ فَقَالَ لَهُمْ رَسُولُ اللَّهِ

صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا هَذَا الْيَوْمُ الَّذِي تَصُومُونَهُ

فَقَالُوا هَذَا يَوْمٌ عَظِيمٌ أَنْجَى اللَّهُ فِيهِ مُوسَى وَقَوْمَهُ

وَغَرَّقَ فِرْعَوْنَ وَقَوْمَهُ فَصَامَهُ مُوسَى شُكْرًا

فَنَحْنُ نَصُومُهُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

فَنَحْنُ أَحَقُّ وَأَوْلَى بِمُوسَى مِنْكُمْ فَصَامَهُ رَسُولُ اللَّهِ

صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ


Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam tiba di Madinah mendapati kaum Yahudi berpuasa pada hari ‘Asyuura. Maka Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam bersabda: “Hari apakah ini sehingga kalian berpuasa padanya?” Mereka (kaum Yahudi) menjawab: ”Ini adalah hari agung dimana Allah menyelamatkan Musa dan kaumnya serta menenggelamkan Fir’aun beserta kaumnya, lalu Musa berpuasa pada hari itu sebagai ungkapan syukur sehingga kamipun berpuasa.” Maka Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam bersabda: ”Kami (kaum Muslimin) lebih berhak atas Musa daripada kalian (kaum Yahudi). Maka Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam-pun berpuasa dan menyuruh (kaum muslimin) berpuasa.” (HR Muslim)


Bahkan dalam hadits lainnya Nabi shollallahu ’alaih wa sallam digambarkan sebagai sangat mengutamakan puasa pada hari ke sepuluh bulan Muharram tersebut. Sahabat Ibnu Abbas meriwayatkan kesaksiannya sebagai berikut:

سَمِعَ ابْنَ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا وَسُئِلَ عَنْ صِيَامِ يَوْمِ عَاشُورَاءَ

فَقَالَ مَا عَلِمْتُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

صَامَ يَوْمًا يَطْلُبُ فَضْلَهُ عَلَى الْأَيَّامِ إِلَّا هَذَا الْيَوْمَ

وَلَا شَهْرًا إِلَّا هَذَا الشَّهْرَ يَعْنِي رَمَضَانَ


Ibnu Abbas berkata: “Aku tidak tahu Nabi shollallahu ’alaih wa sallam memperhatikan puasa satu hari yang lebih diutamakannya atas yang lainnya selain hari ini (Hari ’Asyuura) dan bulan ini, maksudnya bulan Ramadhan.” (HR Bukhary dan Muslim)

Lalu apakah fadhillah (keutamaan) berpuasa pada hari ’Asyuura ini? Nabi Muhammad shollallahu ’alaih wa sallam berdoa kepada Allah agar semoga barangsiapa yang berpuasa ’Asyuura Allah ampuni dosanya selama satu tahun yang telah berlalu.

وَصِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ

Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam bersabda: ”Puasa hari ‘Asyuura, saya memohon kepada Allah agar menjadikannya sebagai penebus (dosa) satu tahun sebelumnya.” (HR Muslim)

Bererti puasa Muharram sangatlah bermanfaat bagi siapapun yang sedar bahwa dirinya tidak luput dari dosa dan kesalahan. Tentulah setiap orang bertaqwa gemar memperoleh ampunan Allah. Sebab demikianlah Allah sediakan bagi orang-orang bertaqwa, yaitu ampunan dan surga seluas langit dan bumi.

وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ

عَرْضُهَا السَّمَوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ

”Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Rabbmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa.” (QS Ali Imran ayat 133)


Namun demikian perlu selalu diingat bahwa betapa pun anjuran Nabi shollallahu ’alaih wa sallam akan keutamaan puasa ’Asyuura hukumnya tetap sunnah artinya tidak wajib dikerjakan. Itulah sebabnya kita juga dapati adanya hadits dimana Nabi shollallahu ’alaih wa sallam menyerahkan kepada kita apakah ingin berpuasa atau tidak pada hari ’Asyuura tersebut. Wallahu a’lam bish-showwaab.

أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا حَدَّثَهُ أَنَّهُ سَمِعَ

رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ فِي يَوْمِ عَاشُورَاءَ

إِنَّ هَذَا يَوْمٌ كَانَ يَصُومُهُ أَهْلُ الْجَاهِلِيَّةِ

فَمَنْ أَحَبَّ أَنْ يَصُومَهُ فَلْيَصُمْهُ وَمَنْ أَحَبَّ أَنْ يَتْرُكَهُ فَلْيَتْرُكْهُ

وَكَانَ عَبْدُ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ لَا يَصُومُهُ إِلَّا أَنْ يُوَافِقَ صِيَامَهُ

Abdullah bin Umar mendengar Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam bersabda mengenai hari ‘Asyuura: “Ini merupakan hari dimana kaum jahiliyyah biasa berpuasa. Maka barangsiapa yang suka silakan ia berpuasa. Dan barangsiapa yang ingin meninggalkannya, maka tinggalkanlah.” Dan Abdullah tidak berpuasa padanya kecuali bertepatan Nabi shollallahu ’alaih wa sallam berpuasa padanya. (HR Muslim) .

Akhirnya,semoga Allah menghapuskan dosa2 kita semua samaada yang kecil atau besar..dan moga Allah tingkatkan darjat dan maqom kita bersama orang2 yang beriman dan bertaqwa!
Moga ikhlas dalam beramal!Semoga azam kita yang tinggi semata2 kerana Allah membawa kita ke syurga!Moga bermanfaat!!!('')D

Rabu, 25 November 2009

KEMATIAN YANG SEMAKIN HAMPIR

Andai ku pergi dulu..ampun maaf ku pinta..moga Allah merahmatiku...




Assalamualaikum W.B.T

Terkadang kita teleka,terlalai..namun mengingati kematian yang semakin hampir berikutan usia yang semakin bertambah..menjadikan kita musahabah diri kita..samaada kita telah menyahut seruan Allah atau tidak..jadi,suka saya berkongsi dengan sahabat2,moga orang yang berkata2 ini lebih rasa insaf akan kematian yang semakin menjemput..Moga Allah memasukkan kita di kalangan oarang yang beriman dan beramal soleh..Selamat bertaqwa!

Dia menjadi sebati dalam hidupku

Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar antum semua?sihat iman...akal..jism?
moga Allah memberi nikmat itu untuk terus bekerja kerana Allah!
Alhamdulillah...Allah memberi ruang masa kepada ana untuk mencoret dan menulis dengan keizinannya..masih lagi mampu menaip dengan izinNya..Moga Allah jua yang mengatur setiap gerak langkah perjalanan hidupku..Terima Kasih Allah!

Dia sangat dekat denganku..aku ingin sekali berlari2 menujunya..berlari sekuat2 langkah agar aku menjadi salah seorang ahli syuhada'dan harapanku sangat tinggi..YA..aku perlukan persediaan yang sangat rapi dan tinggi dari segi ruuhi dan jasaadi..Aku yakin kemenangan itu semakin hari menunjukkan sinarnya..kemenangan itu pasti..Allah tak pernah mengingkari janjiNya..YaALLAH..mOga azam dan harapanku bukan omong2 kosong dan panjang angan2...aku akan terus menjadi orang yang bergerak sehingga aku bertemuMu..yaAllah..makbulkan doa2ku ini..

Iman manusia kadang2 naik,kadang2 turun..sama2 banyakkan mujahadah untuk sentiasa memastikan iman sentiasa bertambah pada Allah..Tuhan yang Maha Perkasa!Tidak dapat dinafikan,bila kita dapat sesuatu ilmu,lebih2 lagi ilmu baru...maka kita akan bersemangat untuk menjadi orang yang berilmu dan menyebarkan...namun kadang2 semangat kita hanya pada ketika itu...Andainya semua orang mengetahui bahawa apa yang dilakukan ini ada ganjarannya iaitu JANNAH!Maka penat lelahnya sebenarnya berbayar!yakinlah dengan janji Allah!

Saya baru saja selesai menyertai satu training yang sebenarnya membina jiwa saya supaya saya lebih menjiwai,mengambil berat,dan sensitiviti terhadap apa yang dialami dan dirasai serta dijiwai oleh saudara2 seIslam saya sendiri..Walaupun sebenarnya penderitaan,kesusahan,kepayahan dan kebuluran mereka telah dialami sejak sekian lama..namun saya sungguh kagum dengan iman dan taqwa mereka kepada Allah!Mereka tidak pernah futur!mereaka sangat yakin dgn janji Allah...Bicara mereka jihad dan perjuangan!mereka yakin apa yang dilakukan itu akan dibayar oleh Allah!Mereka ikhlas dalam beramal!Subhanallah!!!!Perjuangan itu payah,susah..namun yakinlah jannahNya sangat manis!

Palestina...Terima kasih kerana mengingatkan aku bahawa perjuangan dan dakwah itu sukar,payah...mengetuk hatiku untuk terus bergerak,menyampaikan risalah Allah yang Tinggi..menjadikan aku Izzah dengan Islamku..Terima kasih kerana mengingatkanku erti kehidupan!Ayuh sahabat...bangunlah,bangkitlah sehingga bertemu Allah!Bantulah saudara kita di Palestin kerana Mereka adalah saudara kita yang memerlukan pertolongan di saat ini..kita bertuah kerana masih diberi oleh Allah untuk merasai nikmat2 Allah...janganlah disebabkan kelalaian dan kelekaan kita..Allah menarik nikmat2 ini..Hulurkan bantuan kepada mereka!Infaqlah harta ke jalan Allah!Banyakkan doa!yakinlah semua yang kita lakukan ini kerana Allah dan ikhlas akan berbayar dengan Jannah!Sama2 kita menjiwai penderitaan mereka..Ayuh hidup secara bersederhana!saya memohon doa dari sahabat2 agar saya lebih kuat bekerja!Ameen.

Aku&palestin!

Minggu, 01 November 2009

POTENSI DIRI DIGARAP!



Alhamdulillah..sudah lama saya tidak menulis.Alhamdulillah,Allah bg kesempatan untuk saya singgah di dunia yang semetara ini yang penuh dengan cabaran dalam mengharunginya..Terima Kasih Allah!Moga tabah mengharunginya..InshaAllah!

Pertamanya saya petik dari kata2 Imam Hasan Albanna:Medan pertama bagi kalian adalah diri kalian sendiri.Berjaya menguasainya,maka kalian akan mudah menguasai orang lain dan apabila kalian remehkan untuk bermujahadah terhadapnya maka akan lemah berhadapan dengan orang lain..maka berjuanglah terhadap diri sendiri..!

Ya,benar..!Tidak dinafikan apabila kita berjaya dalam melakukan segala perancangan beserta mujahadah yang tinggi yang memang mahal harganya,bukan omong2 kosong...jiwa kita akan senang,bahagia..lebih2 lagi jika pekerjaan yang kita lakukan sempurna dan menyenangkana hati kita..maka kita akan bersemangat untuk melakukan perkara yang menyenangkan orang lain jugak...Itulah fitrah manusia yang sentiasa inginkan kepada kebaikan..Ayuh,berlumba2 untuk melakukan kebaikan.Bantu diri sendiri utk jd manusia yang berpotensi bukan untuk diri sendiri sahaja,bahkan untuk manusia sekeliling2 kita.Ayuh,mari sama2 menggarap potensi diri yang ada!Pastikan potensi diri yang ada untuk Islam!Doakan saya..

Selasa, 13 Oktober 2009

PEMUDA BERJIWA BESAR


Gambar ini sekadar hiasan..Moga mereka adalah jundullah generasi akan datang

Wanita mampu menggoncangkan dunia!!Wanita yang lemah x mampu melahirkan generasi yang berkualiti!Tarbiyyah aulad sejak dari kecil sangat penting bagi melahirkan mujaddid di abad ini dan jundullah yang jihadnya hanya diserahkan kerana Allah dan Rasulnya,demi meninggikan kalimatullah diatas muka bumi ini sehingga tiada lagi fitnah pada agama ini..Syabab dan fatayat perlu berjiwa besar..Didikan dari kecil sangat memainkan peranan yang besar,baik untuk diri sendiri dan Ummah..Pemuda berjiwa besar xakan sesekali futur,malah terus bangkit bangun kerana menyahut seruan Allah..merindukan syurga Allah..Perkuatkan dengan iman,teguhkan jiwa dengan berjiwa besar,tambahi dengan ilmu dan amal...Moga Allah memberi kekuatan untuk berjihad dan berkorban keranaNya...

Ummah perlu berubah...jika tidak siapa lagi....Generasi akan datang dicorakkan oleh ummah masa skrg...Ayuh..berlari berlumba2 kerana Allah!WE CAN DO IT!!!

Mari menimba Ilmu~Tafaqquh di Masjid Azhar~









Assalamualailkum w.b.t...

Kepada sahabat2 sekalian..marilah sama2 kita tingkatkan ilmu dan amal..Sebenarnya saya pun baru ingin memulakan langkah dan mendekatkan diri ke kelas2 ilmu..dan sukalah saya mengajak sahabat2 untuk mengikuti jejak langkah pencinta ilmu..Doakan saya juga..Addua bidDua khair!Smoga semangat ini akan kekal..saya mengharapkan ingatan dari sahabat2 sekalian..saya mencari mana hilangnya jiwa saya yang sebenar..dan doakan saya bertemunya.Saya mengharapkan pergantungan harap dari Allah..Moga Allah mudahkan saya dengan wasilah2Nya..Terima kasih kepada ukhti2 saya di malaysia kerana memberi semangat,dorongan,sokongan dan x sama sekali melupakan saya..saya sangat merindui kalian..alangkah indahnya di saat ini..kalian bersama saya..Dan yang paling utama buat mak ayah saya d kampung yg xputus2 mendoakan anaknya dalam mngembara menuntut ilmu spy x berputus asa darinya..Alhamdulillah..saya akan mula berletih keranaNya..Terima kasih Allah!Berikut jadual2 kelas tafaqquh yang sempat saya minta dari sahabat2 saya..

Jadual Kelas Syeikh Sayyid Syaltut:

Sabtu : 5.00 petang : Kitab Ghayat al-Ma'mul Syarh Waraqat al-Usul (Usul Fiqh)
Isnin : 5.00 petang : Kitab Minhaj al-Tolibin (Fiqh Syafie)
Selasa @ Khamis : 5.00 petang : Kitab Minhaj al-Tolibin (Fiqh Syafie).

** Syeikh Sayyid akan maklumkan kembali kelas Minhaj al-Talibin akan dibuat pada hari Isnin dan Selasa sahaja atau Isnin dan Khamis.

Dan inshaallah akan bermula juga dars nahu ajrumiah oleh syeikh ibrahim lepas zuhur sabtu dan khamis.

jumaat : kitab iqna` di masjid sultan hasan lepas solat jumaat oleh syeikh ahmad

sabtu :10.30pg ,Sohih Muslim oleh syeikh Yusri
dan selepas zuhur,oleh syeikh Ahmad..kitab hasyiah Baijuri,begitu juga selepas asar akan dibaca kitab sohih muslim atau hikam atau asybah wa nazhoir dan selepas maghribnya pula,kitab ihya` ulumuddin..

Ahad: selepas asar: Di baca kitab ihya` ulumuddin dan hasyiah baijuri dan kitab iqna` jilid 2.

Rabu : Lepas asar kitab syamail mahmudiah,lepas maghrib;majmu`syarah muhazzab linnawawi dan lepas isyak tibyan fi adab hamalatul Quran.

Inshaallah..Moga sama2 merebut peluang untuk menambahkan ilmu xlain x bukan untuk menambahkan ilmu kerana mengharapkan redhoNya..

Saya mengharapkan doa dari semua moga apa yang dilakukan ini hanya kerana Allah.Diharap terutama diri saya..jgn biarkan yang dikejar xdapat...yang dikendong berciciran!Akhirnya saya memohon maaf kepada sahabat2 saya andainya tidak dapat memenuhi ajakan sebelum ini...Bukan saya sengaja tapi Allah belum mengizinkan lagi..Moga Allah jua yang menthabatkan hati ini untuk terus beramal!Moga Allah memberi petunjuk kepada semuanya..Jauhkan dari su` zhon dan bersihkan hati dari karat2 jahiliyyah!

Selasa, 29 September 2009

JOM PERGI KULIAH!






4 HB 10 2009..bermulalh sesi pengajian saya yang ke-2.Moga lebih baik untuk pertambahan dan manfaatkan ilmu sebetulnya..Azam baru untuk terus maju ke hadapan sebagai generasi muda yang berjaya x lain x bukan untuk meninggikan kalimatullahilulya!Ameen...Pastikan MUMTAZ DALAM DAKWAH DAN STUDY!I CAN DO IT!!!