Minggu, 30 Agustus 2009

NASIHAT UKHTI KEPADA UKHTI

ASSLAMUALAIKUM W.B.T

PESAN SAHABAT SAYA...AKN SAYA SEMAT DAN JDKAN AMALAN DALAM HIDUP SAYA..
PESAN UKHTI

PASTIKAN KEKALKAN KECEMERLANGAN PADA MASA AKAN DATANG..MAKSIMAKAN KECEMERLANGAN!!!
mANFAATKAN UNTUK DAKWAH!!!
KERANA KELEBIHAN 2 X SUME ORG DAPAT MEMILIKINYA...JDNYA MANFAATKAN BETUL2..

MESIR ITU MEDAN LATIHAN!HATTA KEKURANGAN DAN KESALAHAN 2 ADALAH POSITIF!BELAJAR SEBENARNYA UNTUK DAPAT DAM MEMILIKINYA UNTUK MEDAN SEBANAR DI TEMPAT SENDIRI!!

INGAT PESAN MAS`UL SAYA DI DQ..ILMU ITU DIDATANGI,BUKAN MENDATANGI!!JDNYA BEGITU JGAK DENGAN AMAL DAN DAKWAH...BERUSAHA BERSUNGGUH UNTUK MENYAMPAIKN KERANA UNTUNGNYA UNTUK ISLAM!

bANYAKKAN MEMBACA,,BUKAN BILA DISURUH,BARU NAK BACA..ITU SIFAT ORG YANG SALAH!!!!KENA ADA INISIATIF SENDIRI...BANYAKKAN BACA!!!BUKAN FAHAM DALAM JIL JE,TP 50% FAHAM ATAS USAHA KITE BANYAK MEMBACA DAN MENGKAJI!

KALU DIBERI TUGAS UNTUK BENTANG,..JGN BACA JE TP ADA INISIATIF SENDIRI UNTUK BACA SEKURANG2NYA 3 BUKU UNTUK KEFAHAMAN LEBIH MENDALAM DAN PENYAMPAIAN YG BERKESAN!!KALU LEBIH BAIK.LEBIH DARI 3 BUKU!

USAHA LEBIH,aLLAH PASTI BAGI!!!YAKIN NG ALLAH!!!

jazakillah ukhti!

Selasa, 11 Agustus 2009

Apabila dakwah dipandang pelik???





D.A.K.W.A.H……. sebut saja perkataan ini, mungkin ada saja yang akan terus membaca artikel ini dengan penuh minat dan keinsafan. ada juga yang mungkin memandang dengan sebelah mata tajuk ini dan lebih tertarik membuka laman web lain yang lebih menghiburkan. Ada juga yang mungkin allergic dengan perkataan ini, disebabkan faktor-faktor pengalaman yang pernah mereka lalui. Dan tak ketinggalan juga mereka yang tidak tahu, tidak kisah dan tak mahu tahu langsung mengenai dakwah. perkataan ini bukan satu vocubulary dalam kamus hidup mereka.

setuju…setuju…100% setuju. Dakwah merupakan topik yang berat, memboringkan dan terlalu banyak masalah yang perlu kita fikirkan apabila berdepan dengan tajuk ini.

Kerja berat seperti seorang buruh sememangnya memenatkan. Memerah tenaga dan keringat, peluh yang membasahi badan dan apa-apa saja yang menggambarkan kesusahan dan kerja berat pasti sesuatu yang tak dapat dielakkan dengan pekerjaan seorang buruh. Namun, itu bukan alasan bagi seorang buruh dari berhenti berkerja mencari rezeki untuk diri dan keluarganya. Bukan tak mahu cari kerja lain, tapi jika semua orang fikir cari kerja lain maka tiadalah Menara Berkembar KLCC…. tiadalah KLIA…tiadalah segala infrastruktur kebanggaan negara selama ini. Secanggih mana teknologi yang kita miliki, namum tenaga buruh merupakan elemen yang tidak dapat disishkan sektor pembinaan. Kemahiran tenaga buruh menjamin keutuhan sesebuah binaan. Jika tidak masakan Tembok Besar China yang telah berusia berpuluh abad mampu kekal sehingga hari ini. Inilah kubur terpanjang di dunia, di mana beribu-ribu buruh paksa telah terkorban sewaktu membinanya. Ada apa dengan Tembok Besar China….. tanpa buruh yang membinanya

Begitulah juga dengan “dakwah” atau pun amar ma’ruf nahi munkar. Ia adalah tanggungjawab yang berat serta perlu dilaksanakan bukan hanya kerana kefardhuan dari Allah malah ianya adalah keperluan asasi hidup bermasyarakat. Tidaklah keterlaluan jika dikatakan sehebat mana keilmuan, teknologi mahu pun ekonomi yang dimiliki oleh sesebuah masyaraka, kelangsungan nilai-nilai kemanusian masyarakat itu bergantung kepada sejauh mana amar ma’ruf nahi munkar mampu dibudayakan secara berakar umbi. Jelas sekali seperti yang digambarkan oleh Rasulullah dalam sebuah perumpamaan yang cukup menarik untuk diteliti:

Sebuah bahtera yang belayar di lautan luas, di mana penumpang di bahagian bawahnya amat memerlukan air. Maka berlakulah perbincangan di kalangan penumpang-penumpang di tingkat bawah:

Penumpang #1: Aku tak kira…. Bila aku dahaga aku mesti dapatkan air untuk diminum. Orang di tingkat atas memang tak pernah fikirkan keadaan kita di bawah ni

Penumpang #2: Apa yang kecoh-kecoh ni…. Kenapa kau mintak saja dari penumpang di bahagian atas untuk dapatkan air untuk kamu.

Penumpang #1: Aaahh…. Mereka bukannya kisah tentang keadaan kita. Takkan dilayannya permintaan kita ni. Lebih baik aku tebuk saja lubang pada badan kapal ni untuk dapatkan air

Penumpang #2: Ikut suka hati kau lah….. yang penting kau tak kecoh-kecoh buat bising lagi. Jangan sampai mengganggu ketenteraman penumpang-penumpang lain di tingkat bawah ni.

Apabila Penumpang 1 nekad menebuk lubang…maka karamlah bahtera tersebut. Tenggelamlah kesemua penumpangnya tanpa mereka sama ada penumpang di bahagian atas atau bawah

Itulah yang berlaku sekiranya amar ma’ruf nahi munkar dilupakan. Secara umumnya, di dalam mana-mana struktur masyarakat, pasti ada 3 golongan:

1. Solihun (Golongan di tingkat atas bahtera / mereka yang mengemudi kapal): inilah golongan orang-orang soleh yang terpelihara dari unsur kemaksiatan
2. Sakitun (Penumpang #2): Golongan orang yang “bisu”. Kelompok masyarakat yang hidup nafsi nafsi. Hanya mementingkan diri dan keluarga mereka sendiri.
3. Ashabul Munkar (Penumpang #1): Mereka ini adalah pembawa unsur negatif dalam masyarakat. Golongan yang sering melakukan kemaksiatan serta merosakkan akidah masyarakat

Walaupun hanya Ashabul Munkar sahaja yang melakukan kemaksiatan, kesan kerosakannya jelas dirasai oleh setiap ahli masyarakat, tanpa pengecualian. Solihun dan Sakitun tidak ubah seperti golongan baik yang dibinasakan….

Firman Allah taala:

وَاتَّقُوا فِتْنَةً لَا تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنْكُمْ خَاصَّةً

“Takutilah olehmu akan fitnah (azab bencana) yang tidak khusus menimpa orang-orang yang zalim saja di kalangan kamu dan ketahuilah, bahawa Allah amat keras seksaannya.” (Al-Anfal 8:25)

Fitnah itu pasti akan menimpa ke atas mereka yang zalim iaitu orang yang telah melampaui batas-batas Allah. Manakala orang yang tidak menegah orang zalim dari kezaliman di sini ada dua kemungkinan. Kemungkinan pertama dia dianggap tidak zalim kerana dia tidak bersubahat dengan orang zalim itu. Kemungkinan kedua mereka dianggap zalim kerana tidak menegah orang zalim padahal perbuatan zalim itu wajib dihalang.



Inilah dia ‘qanun azab jama’I’ dalam sunnatullah. Ianya adalah qanun yang paling menggerunkan dan menakutkan, mendorong mereka yang tahu dan memahaminya untuk segera mengubah kemungkaran yang sedang berlaku, supaya azab yang demikian tidak menimpa seluruh masyarakat

Jelaslah bahawa, Islam tidak berpada dengan kesolehan seseorang individu, sehinggalah ia melakukan pengislahan terhadap orang lain. Aslih nafsaka wad’u ghairaka (perbaikilah dirimu dan serulah kebaikan kepada orang lain.

-Dipetik dari ismaterengganu

Sabtu, 08 Agustus 2009

RAMADHAN : MADRASAH TARBIYYAH,SAYONARA JAHILIYYAH



Alhamdulillah....Ramadhan datang lagi...moga natijah kali ini berbeza...moga amalan semakin bertambah ikhlas kerana Allah..moga menjadi fard muslim yang sejati,thiqqah dan meletakkan pergantungan harap kepada Allah S.W.T semata2..untuk melalui madrasah ramadhan iaitu sekolah islam ramadhan,perlu di persiapkan dengan persediaan madrasah amal rejab dan syaaban.bukanlah tibanya bulan ramadhan untuk melakukan perubahan ketara tetapi tidak di bulan lain..namun sebelum melalui bulan ramadhan perlu dipersiapkan dengan iman yang tinggi dan bersungguh2 kerana mengharapkan mardhotillah dan keampunan dari Allah...

Subhanallah!!!beberapa hari lagi untuk menghadapi ramadhan.mampukah untuk menjadi hamba yang bertaqwa?mampukah untuk menjadi hamba yang bersabar,rehdo atas kehendakNYA?..moga sama2 dapat pertingkatkan amal di bulan yang mulia ini dan berterusan pada bulan2 yang lain.Ramadhan,semoga rahmat Allah menaungi,keampunan Allah dipinta,dibebaskan dari belenggu api neraka..YaAllah,jadilah kami hamba yang sentiasa dekat denganMu..Padamlah segala kenangan hitam dalam hidup.SAYONARA JAHILIYYAH!!!

Di bulan Ramadhan Al Qur'an di turunkan. Dialah wahyu Allah yang menjadi petunjuk hidup manusia. Dialah mu'jizat yang dianugerahkan Allah kepada manusia.SUBHANALLAH! Tanggal 17 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah, hari Jum'at pagi, terjadi peperangan Badr al-Kubra. Sebuah perang besar terbuka yang pertama kalinya terjadi antara kaum Muslimin melawan kaum musyrik. Pertempuran terjadi di sebuah lembah di dekat kota Madinah, yaitu di Badr. Kekuatan kaum Muslimin waktu itu, sekitar 300 orang, setiap dua orang satu unta. Sedangkan kekuatan kaum kafir sekitar 1000 orang dengan perincian 700 orang naik unta dan lebih dari 100 orang adalah pasukan berkuda. Berarti satu orang Muslim harus menghadapi 3 lawan. Pertempuran dimenangkan oleh kaum Muslimin dengan gilang-gemilang.Apakah rahsia kemenangan mereka di bulan ramadhan?

Tanggal 18 Ramadhan tahun ke-8 Hijrah Rasulullah bersama 12 000 kaum Muslimin bertolak dari Madinah menuju Makkah untuk membebaskan Makkah. Peristiwa bebasnya kota Makkah terkenal dengan sebutan Futuh Makkah. Pembukaan kota Makkah menandai sebuah era baru di dalam Islam, setelah sebelumnya kaum Muslimin selalu disiksa, ditindas, bahkan terakhir dikepung oleh pasukan Ahzab (sekutu) selama berminggu-minggu di Madinah. Era baru yang dibangkitkan oleh Rasulullah dengan perang Ahzab dengan sabdanya,"Kaum Quraisy tidak akan berani mendatangi (menyerang) kamu sesudah tahun ini, telah lenyap musnah kekuatan mereka, dan mereka tidak akan memerangi kita sesudah hari ini, dan sekarang giliran kita akan memerangi mereka, Insya Allah."

Bulan Ramadhan tahun ke-91 Hijrah, kaum Muslimin di bawah pimpinan panglima Thariq bin Ziad membuka Andalusia(Spanyol). Peristiwa ini dikenal dengan sebutan Futuh Andalusia. Thariq bin Ziyad menyeberangi selat antara Afrika dan Eropah atas perintah Musa bin Nushair penguasa Islam kala itu. Ketika pasukan Islam sudah sampai di seberang, diperintahkannya agar kapal-kapal perang Islam dibakar. Kemudian ia berpidato didepan pasukannya :„Musuh di depan kalian. Apabila kalian mundur, maka lautan dibelakang kalian.." Agaknya langkah yang beliau ambil dalam membangkitkan semangat kaum muslimin sangat tepat. Tidak ada lagi jalan untuk mundur. Yang ada hanyalah berjuang sekuat tenaga dan mengharap pertolongan Allah. Berturut-turut kota demi kota jatuh ke tangan kaum Muslimin. Akhirnya pada bulan Ramadhan jatuhlah Andalusia ke tangan kaum Muslimin. Sejarah mencatat bahwa di kemudian hari Andalusia menjadi pusat ilmu pengetahuan dan menjadi mercu peradaban manusia di zamannya. Kemajuan teknologi yang diperoleh orang-orang Eropah zaman sekarang hanyalah merupakan perpanjangan teknologi umat Islam masa silam.

Futuh bilaad Al-Ghaal (dibukanya daerah „Ghaal" atau dalam bahasa Perancis pays des Gualles). Jatuhnya daerah Ghaal yang sekarang letaknya di Perancis juga terjadi di bulan Ramadhan. Peristiwa ini terjadi di zaman Islam di Andalusia.

Ma'rakah 'Ainu Jaaluut (perang 'ainu jaaluut). Peperangan ini terjadi dengan latar belakang jatuhnya Daulah Abbasiyyah. Kala itu pasukan Tartar (Mongol) yang ganas mengirim ekspedisi ke arah barat. Ketika sampai di daerah kekhalifahan Abbasiyyah terjadilah pengacauan-pengacauan sampai akhirnya mereka bergerak menuju Baghdad. Baghdad yang kala itu merupakan pusat intelek berhasil mereka hancurkan. Khalifah beserta segenap keluarganya mereka bunuh. Buku-buku perpustakaan di Baghdad mereka tenggelamkan di Sungai Tigris untuk membuat jembatan penyeberangan. Dalam sejarah digambarkan betapa air sungai Tigris kala itu berwarna kehitam-hitaman karena terlalu banyaknya tinta yang larut. Demikianlah akhir dari sebuah peradaban modern Islam di Baghdad. Pasukan Mongol terus bergerak ke barat menuju Syams (sekarang meliputi Syria, Palestina, Yordania, Libanon). Umat Islam tidaklah tinggal diam membiarkan orang-orang kafir merobek-robek kemuliaan umat. Penguasa Mesir kala itu Saifuddin Quths menggerakkan pasukan Islam menuju Syams untuk menghalang orang-orang Mongol. Seorang tokoh penting yang sangat berpengaruh membentuk kepribadian Quths adalah seorang ulama yang bernama Al-'Izz bin 'abdis Salaam. Beliaulah yang mentarbiyyah (membina) Saifuddin Quths menjadi seorang berkepribadian islami. Dua buah pasukan besar tersebut akhirnya bertemu di sebuah tempat yang bernama 'Ainul Jaaluut (letaknya di Palestina). Sejarah akhirnya mencatat bahwa di'ainul Jaaluut-lah akhirnya ekspansi pasukan Tartar dipatahkan oleh kaum Muslimin.

Sejarah telah membuktikan dan sejarah perlu diulang.siapa lagi jika bukan kita?moga dengan madrasah ramadhan yang akan dihadapi oleh seluruh kaum muslimin mampu menguatkan jiwa,mental,emosi dan seluruh jiwa tenaga hanya kerana Allah dan untuk menangkan agama Allah.Bangunlah sahabat,bangkit menjulang kalimatullah yang tertinggi..moga amal gerak kerja yang terancang dan tersusun mampu melenyapkan jahiliyyah diatas muka bumi ini.salam izzah salam ramadhan!!

Senin, 03 Agustus 2009

NIKMAT ALLAH





ini adalah gambar semasa penglibatan saya ke matruh dalam program musim panas baru ini.Saya masih ingat dan xkan dapat melupakan kejadian Allah yang sangat menkagumkan dan hebatnya Allah!Terlalu banyak nikmat Allah samaada tersembunyi atau zahir.namun sangat sedikit mereka yang bersyukur..sekarang saya semakin hari semakin dewasa,dan bila dihitung2 nikmat Allah seperti nikmat sihat,makan,minum,tidur,belajar,hafal alQuran dan nikmat paling besar NIKMAT IMAN DAN ISLAM...dan nikmat2 lain...Adakah Allah menerima amal saya?sama2lah kita berdoa menjadi hambaNYA yang paling bersyukur dan paling bersabar dalam meneruskan hidup sebagai daieyah.AMEEN YA RABBAL ALAMIN.