Sabtu, 12 Februari 2011

ya ILAHI~


Pengorbanan dan juhud mereka sangat besar kerana cinta syahid

Assalamualaikum w.b.t

Izzayik?mg sentiasa dalam rahmat Allah!

Alhamdulillah,sekarang berada di Malaysia-Putrajaya.Walaupun jasad di sini tapi jiwa masih di sana~Mg terus diberi kekuatan oleh Allah untuk menangkan Deenul Islam ini.Harapan semoga dapat kembali lagi di bumi Tarbiyyah byk mengajar erti kehidupan.Alhamdulillah 'ala kulli hal~Tidak sabar untuk bertemu permata ayahbonda di negeri kelahiran.Alhamdulillah,berita mengenai Hosni Mubarak 11Februari 2011 mengumumkan untuk melepaskan jawatan presiden memberi satu harapan untuk pulang cepat2 ke Mesir.Rindu pada bumi itu,rindu pada Tarbiyyah,rindu pada Bayt Umar alFarouq,Buku2 yang ditinggalkan dan pada semuanya.Alhamdulillah atas nikmat 'rindu' itu.Untuk kenyataan lebih lanjut,Hosni Mubarak turun blh rujuk di sini: http://inijalanku.wordpress.com/2011/02/12/mesir-mubarak-turun-majlis-tertinggi-tentera-ambilalih/

12 Feb

Tarikh ini bermakna mengingatkan hari kesyahidan seorang Mujaddid yang cemerlang hidupnya,Imam Hasan Al-Banna yang "pendek tetapi panjang" (1906 - 1949) dengan asasnya yang kuat semenjak kecil, pembentukannya yang tinggi, pembinaannya yang bertambah kemuncak dari hari kehari bahkan detik demi detik. Pembinaan dakwah berlaku melalui tangannya, sebagai satu gambaran daripada aktivitinya yang tertegak di atas kefahaman yang luas dan mendalam, yang disandarkan kepada keikhlasan yang mendalam, ketepatan yang unggul dalam usaha untuk merealisasikan amalan yang tersusun (berorganisasi) dan lantas melaksanakannya. Justeru itu maka telah terkumpullah untuk dakwah ini rukun-rukun kejayaan yang terpenting dan terlaksanalah baginya ufuk-ufuk penyebaran.



Sesungguhnya al-Imam telah menunaikan janji kepada Allah.Semoga Allah mengizinkan yang masih menunggu ini menunaikan janji ini.

Maksud Firman Allah Taala:

"Dan di antara orang-orang mukmin itu ada orang yang telah membenarkan apa yang mereka telah janjikan kepada Allah,Dan di antara mereka ada yang gugur dan di antara mereka pula ada yang menunggu-nunggu dan mereka sedikit pun tidak mengubah janjinya "(surah al-Ahzab ayat 23)

"ya Alah,izinkan kami untuk membenarkan janji kami sbg syuhada"

Tidak pernah menjangka dengan cuti 'mufajaah' ini.Semoga sentiasa memanfaatkan masa sebaiknya.Sentiasa mengambil berat sabda Nabi s.a.w : "Dua nikmat yang manusia sering lupa iaitu nikmat sihat dan masa lapang"
Subhanallah,hari-hari yang dilalui terkadang terasa hilang~takut terlena andai tidak dapat menjaga masa sebaiknya.Kepulangan ke tanah air kali ini mempunyai matlmat tersendiri menjadi anak yang terbaik untuk kedua ibu bapa,menjadi insan yang berpengaruh untuk ummah agar segala yang baik terkesan di jiwa.Ya Rabb,insan ini sentiasa mengharapkan bimbingan dari Allah,menjadi hamba yang sentiasa tawadduk..Pergantungan harap untuk Allah kerana Dia yang berhak ke atas hambaNya.Sungguh,jiwa ini kuserah kepada pemilik cinta yang Agung ini..Ya Ilahi,izinkan daku untuk mencintaiMu sepenuh hati..

Ayuh jiwa yang merdeka,
terus terbang,
jangan pernah kenal erti putus asa,
andai hilang,
bangkit kembali,
Ummah memerlukanmu~
Tugas ini tugas rijal yang berjiwa besar,
tugas dan beban yang memecahkan tulang belakang,
menggentarkan setiap jiwa dan menggoncangkan seluruh sendi~

Pesanan Salafussoleh menjadi motivasi diri :

"Alangkah hebatnya agama ini sekiranya mempunyai lelaki yang berjiwa besar"

Ya Rabb,berilah kekuatan kepada kami untuk meneruskan jalan juang yang panjang ini..

Terkenang dialog bersama akhawat: ana nak syahid ukht!InshaAllah,semoga sama2 terus THABAT atas jalan ini.Allah tahu yang terbaik untuk hambaNya.Kenangan bersama akhawat semasa transit di Jeddah beserta nasihat membina yang sentiasa sebati,kisah tokoh2 syuhada,ziarah menziarahi menguatkan ikatan cinta kerana Allah yang sedia ada.Semoga terus nasyat walau di mana berada~Pohon doa dari semua!

Akhir kalam,mohon doa dari semua agar tidak terlena dengan nikmat masa lapang.Selamat beramal~Semoga sentiasa disibukkan dengan ilmu,iman dan amal.

Wassalam.