Sabtu, 23 Juli 2011

Ramadhan syahadah!





Salam alayk.Semoga semua baik dan lebih baik.

Seminggu sudah berlalu imtihan. Alhamdulillah.Mohon doa semua semoga sukses untuk imtihan kali ini walaupun terasa agak mencabar. Allahul Musta'an. semoga akhirnya kecemerlangan hakiki adalah redho atas ketentuan dan ketetapanNya.
Beberapa bulan tidak diberi keizinan untuk updates blog. Mungkin kerana kurang cekap dengan pengurusan masa, sungguh sangat terasa dengan keadaan sekarang. Saya cuba juga mencari masa untuk menulis, semoga niat ikhlas kerana Allah Taala. ameen.
Usai imtihan, memikirkan pula taklifat yang sangat banyak. Benarlah rehat hakiki di syurga. Persiapan untuk ramadhan berbaki 7 hari lagi, mengharapkan dengan perasaan khauf dan raja'.Ramadhan kali ini hadaf tetap sama iaitu menjadi hamba Allah yang rabbani, muttaqin,mukhlisin. Sangat berharap ramadhan yang bakal dilalui ini baik dan lebih baik yang akhirnya menjadi insan yang suci bersih jiwanya,jernih hatinya, tinngi juhudnya, teguh azamnya. Ramadhan syahadah Ramadhan intisor. Syawal menyaksikan insan baru yang sentiasa tawadduk dgn TuhanNya. ameen. Masih belum terlambat untuk membuat persiapan dan persediaan yang baik dalam menghadapi Ramadhan. Saya suka mengajak semua untuk sentiasa tajdid niat dan kembali kepada hadaf kita diciptakan.

Ramadhan,
Aku datang padamu...
Menunggu dengan penuh khauf dan Raja',
izinkan daku ya Rabb..
sampai di bulan ini..
Ramadhan syahadah Ramadhan intisor!

Ya Rabb..Izinkan daku membenarkan janji!

Mohon doa semua! saya cuba untuk post2 akan datang spesifikkan tajuk. Mungkin lebih jelas apa yang nak disampaikan.Inshaallah. Menyahut seruan Allah dan Rasulnya menyampaikan fikrah Islam yang jelas. Jadi, untuk itu saya melihat perlunya kerahan tenaga yang banyak dari diri2 kita. Kita memberi dan menerima,ia seiring. Itulah Tarbiyyah. Kepantasan dan cepat dalam melakukan sesuatu kerja itu sangat penting kerana wajibat terlalu banyak. Rasa cukup tidak mampu menghasilkan kemajuan yang besar dan peningkatan dalam kehidupan lebih2 lagi untuk dakwah ini. Beberapa hari ini, saya sedar saya menghadapi konflik diri bertarung dengan kemampuan sendiri. Saya rasa kemampuan saya begini, Tp orang sekeliling saya memandang kemampuan saya begini. Dan di sinilah saya belajar perlunya orang2 disekeliling kita menjadi cermin buat kita. Akhirnya saya membuat kesimpulan semua orang ada kemampuan yang tersendiri. Yang paling penting, bangunkan potensi dan garapkannya semaksima mungkin. Juhud yang tinggi sangat diperlukan. Saya teringat jawapan murabbi saya bila ditanya kenapa Ustaz boleh jadi hebat begini.."katanya: Kerana Dakwah ini, akhirnya menjadi saya seorang yang berani untuk mecuba.Rupanya saya boleh! Semoga Allah membantu kita semua dalam kerja-kerja kebaikan ini dan saling menguatkan.ameen.

"try {parent.deselectBloggerImageGracefully();} catch(e) {}" href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEglVv3yhDRO_4-lnzO3NvI7X07bhpnUs4xcxymNkP4O4qZ4l0mCsTtnPcIcrxrfcsLeqeAAHMF9cpYkOZfEczR-Nx6Gvb2IdOBtDjzscvRBwgFd7Wi7swR8aF4BsQfc7FJyRK_VNNC6j0Yl/s1600/Ramadhan+coming+4.jpg">

AlQuran motivasi orang mukmin!

Maksud Firman Allah : Siapakah yang lebih baik perkataannya melainkan sesiapa yang mengajak kepada Allah dan beramal soleh....

Maksud Firman Allah : Wahai Yahya, terimalah kitab itu dan beramallah dengan sungguh-sungguh...(surah Maryam :12)

Alhamdulillah 'Ala kulli hal.Semoga kita terus thabat atas jalan dakwah dan tarbiyyah ini. Dua ayat yang saya bawakan tadi sudah jelas mengenai wajibat setiap muslim dan kesungguhannya dalam beramal.Jadilah kita manusia sentiasa mensyukuri nikmat2 ini. Alhamdulillah.

Maksud firman Allah : Maka apabila manusia disentuh dengan sesuatu bahaya , ia segera berdoa kepada kami..kemudian apabila Kami memberikan sesuatu nikmat sebagai kurnia dari Kami, berkatalah ia dengan sombong : Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepndaian yang ada padaku. Tidaklah benar apa yag dikatakan bahkan pemberian nikmat Allah itu adalah ujian adakah ia bersykur atau sebalinya, akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui hakikat itu.(surah az-Zumar ayat 49)

Akhirul kalam.semoga Allah memberikan kita taufiq dan hidayah dalam memikul tanggungjawab yang besar ini.Semoga Ramadhan yang akan dihadapi yang sentiasa berbeza suasananya setiap tahun mencapai hadaf yang diharapkan.Biiznillah! Disinilah kita perlu melakukan kaedah sulbah iaitu memilih teman yang baik, bila kita salah, kita diingatkan dan juga bia'h solehah dalam bait dakwah yang kita harapkan.ameen.Semoga menajadi qudwah.ameen.

Mungkin jua ramadhan kali ini kali terakhir buat kita..sama2 muhasabah!

Wallahua'lam.

1 komentar:

  1. minta izin share sedikit ayat2 anta diatas. syukran ^^

    BalasHapus