Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah..Sudah 30 hari belalu dengan puasa di bulan Ramadhan..dan tibalah kini di bulan syawal yang berkah..Harapan semoga amal di bulan Ramadhan ini diterima oleh Allah dan kita semua berjaya untuk menjadi insan yang bertaqwa kerana Allah,menjadi manusia baru dalam kehidupan Muslim dan moga lebih baik dari sebelumnya..
Sudah setahun saya di sini,di ardhil kinanah..Masih basah di ingatan,tarikh keramat saya mula2 sampai di sini iaitu 10 september 2008..Allah jua yang mengatur kehidupan saya.Alhamdulillah..sehingga ke saat ini saya mampu bernafas kerana keizinan Allah.Sedar x sedar saya akan memasuki tahun ke 2 dalam bidang usuluddin.Mohon doa dari semua.
Bulan syawal yang berkah ni,meraikan fitrah manusia menjadi manusia suci dan baru dalam hidup...Walaupun berjauhan dengan mak ayah,family dan
sanak sedara...namun alhamdulillah Allah masih memberi nikmat yang sangat besar..Nikmat persahabatan yang dijalinkan kerana Allah.Alhamdulillah..Ini adalah masuk kali ke 2 saya menyambut perayaan di sini..Namun doa saya tidak putus2 agar saya sempat bertemu dengan kedua ibu bapa saya yang banyak memberi tunjuk ajar,kasih sayang,pengorbanan yang xpernah terhitung..alhamdulillah..Allah jua yang mengetahui segala sudut di dalam hati ini.Walaupun jasad saya tiada bersama mereka di hari lebaran ini..namun saya yakini roh saya bersama mereka..Saya pasti akan menyayangi mereka dan mendoakan mereka..
Allahuakhbar!!!Samalah kita banyakkan takbir di bulan syawal ini sebagai tanda syukur kita pada Allah atas nikmat yang x pernah terhitung.Harapan,semoga kita menjadi golongan yang berjaya dalam menyahut seruan Allah..Ambillah iktibar dan pengajaran contoh teladan dari kisah2 terdahulu..Mereka menangis kerana Ramadhan telah pergi kerana mereka tidak pasti akan bertemua ramadhan pada masa akan datang atau tidak..
Sebelum terlambat..Ingin diucapkan kepada mak ayah terutamanya kerana mereka saya di sini,kerana mereka telah membenarkan dan mengizinkan saya membuat pilihan saya untuk mengembara menuntut ilmu...dan kerana mereka saya mengenali Allah..Xlupe buat adik beradik saya yang menjadikan rumah kami riuh rendah dengan suka dan duka..Ijah,Mede,Ataq,Doloh,Domel,Imah,Meknor,Adilah,Rahim,Malik dan Hafidz..dan buat anak sedara saya yang ramai..irfan,farhan,maisarah,aiman,aimi,athirah,kamaliah,fawwaz...Dan xpernah terlupa untuk makcik2 saya dan pakcik2 saya yang sentiasa memberi saya dorongan dan sokongan..dan buat semua guru2 sejak saya bersekolah di sek keb batu Rakit sehingga di SBP Integrasi Batu Rakit..alhamdulillah..Saya ingin memohon maaf atas segala silap dan salah saya selama ini sejak saya mula2 berada diatas muka bumi ini..saya memohon redho dari semua org,moga2 Allah meredhai perjalanan hidup kita....dan doakan saya untuk menjadi `a`limah yang berjaya beriman dan bertaqwa keranaNya,untuk saya menjadi da`ieyah yang berjaya berkhidmat untuk ummah sehingga kembali khilafah Islamiyyah yang yelah lama hilang..Terima kasih atas segalanya kerana Allah!
Menumbuhkan Potensi Tarbiyah
-
Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah, segala pujian layaknya untuk Allah s.w.t, yang memandu
hati-hati manusia, yang menjaga hambaNya untuk terus menyelu...
12 tahun yang lalu
Tidak ada komentar:
Posting Komentar