Senin, 27 Juli 2009

USAHA DOA DANTAWAKKAL ~MUMTAZ STUDY&DAKWAH~




Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah dah hampir satu bulan berlalu,natijah imtihan bakal akan dihadapi oleh seluruh mahasiswa mahasiswi lebih2 lagi di Mesir.Ketika ini semua orang mengharapkan agar najah dalam imtihan..usaha sudah ditambahi dengan doa yang x pernah putus.mesir bumi barakah,kadang2 xdapat nak dijangka..semuanya rezki dari Allah.Itulah kalam pertama yang saya dengar semasa mula2 saya sampai di bumi barakah ini..Saya pun sangat risau dengan natijah saya.Sya mohon doa dari semua,lebih2 lagi diri saya..dan saya sangat mengharapkan doa kedua ibu bapa saya yang jauh di mata tapi dekat di hati.Dan untuk ibu kedua saya di sini..ustazah huda..saya sngat rindu kat ustazah.Agak lama saya tidak ziarah ustazah tapi sentiasa mendoakan ustazah dan doa dari ustazah juga.Sekarang saya mampu berdoa kepada Allah.Moga Allah memberi kejayaan kepada saya dan saya mengharapkan rahmat dariNya..

Sehingga sekarang saya masih bertanya :`Mengapa di mesir sukar untuk skor untuk dapat mumtaz atau jayyid jiddan???Kebanyakan pelajar malysia masih lagi di bawah tahap sederhana.Amat jarang sekali saya mendengar mereka mendapat keputusan yang memberangsangkan..lebih2 lagi Mumtaz,jauh kedengaran.Saya cuba mencari punca berlaku keadaan seperti ini dari temubual saya dengan senior2 dan kenalan2 saya dari singapre,indonesia dan wafidat lain..Dari hasil pemerhatian saya,kebanyakan pelajar malaysia sangat bergantung harap dengan kelas2 tambahan yang diajar oleh senior2.Saya bersetuju jika mereka pergi ke kelas yang mereka rasa tidak mampu mendalaminya,namun mesti terlebih dahulu baca sendiri sebelum ke kelas tambahan.Boleh jadi lebih baik jika dikemukakan apa yang tidak difahami..Saya melontarkan persoalan dan permasalahn ini bukan pada orang lain tapi untuk diri saya juga.Saya masih ingat pada awal2 saya datang di sini,saya sangat takut untuk menghadapi peperiksaan di Azhar Kaherah terutamanya..Alhamdulillah saya sempat bertemu dengan beberapa pelajar singapore yang sangat hebat dalam pelajarannya.Sudah menjadi kebiasaannya,mendapat mumtaz dan jayyid jiddan.Saya sempat meminta nasihatnya dan semangat untuk saya terus berkorban belajar kerana Allah,mendalaminya dan seterusnya menyampaikan kepada orang lain.Alhamdulillah..


Saya sangat berharap dapat yang terbaik.semoga keyakinan saya pada Allah melebihi segalanya..pergantungan harap pada Allah jua saya harapkan.Saya mengharapkan agar semua rakan2 saya berjaya dengan cemerlang bukab setakat najah dalam imtihan,namun mendapat pangkat yang cemerlang.Semuanya untuk Islam.Saya mengaharapkan doa dari semua.Moga saya dan semua menjadi orang yang paling bersyukur dan sabar diatas segala kehendakNYA.Kemungkinan natijah imtihan bakal keluar minggu depan iaitu awal bulan ogos.YaAllah,bantu hambaMu..Berikan kejayaan pada hambaMu kerana iainya untuk islam dan bonus dalam amal kerjaku.Ameen.Sekian.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar