Rabu, 18 Maret 2009

PERJUANGAN ITU PAHIT KERANA SYURGA ITU MANIS

Alhamdulillah,pertamanya ini yang kumampu lafazkan...kerana Allah mengenalkan aku dengan jalan ini...jalan yang mengajar aku erti tabah dan sabar,erti perjuangan dan pengorbanan...Benarlah perjuangan ini pahit kerana syurga itu manis...orang yang berjuang tak pernah kenal erti penat,letih dan pastinya takkan sesekali dihampar dengan karpet merah,dihujani dengan darah dan air mata...begitulah mereka kerana mengharapkan syurga yang kekal abadi...pinjaman yang dikurniakan Allah digunakan sebaiknya untuk perkara yang bermanfaat kerana mengharapkan rahmat dan redho dariNya..Alhamdulillah!!!
Sahabat,jangan pernah mengeluh dan futur...berkorbanlah kerana Allah dan Rasulnya..ikhlas dalam beramal dan mujahadah yang tinggi menolong agama Allah..yakin akan janjiNya..sesungguhnya Allah tak pernah menyalahi janji dan tidak pernah menzalimi hambaNYA..MAHA HEBAT DAN PENYAYANGNYA ALLAH TERHADAP HAMBANYA...
Sahabat,jangan pernah merendah diri..kerana anda adalah orang yang tinggi di sisi Allah..dan jangan biarkan anda merendah diri melakukan maksiat dan dosa kepada Allah...yakinlah dengan doa dan thiqqah yang tinggi terhadap arRahman..Islam pasti menang!!lambat cepat,itu bukan urusan kita..yang pasti kita beramal dan bekerja serta berletih keranaNya..Sahabat,tanggungjawab ini bukan golongan tertentu,tp ia adalah untuk semua..tak kira tua,muda,kaya,miskin,pelajar,pekerja dan lain2..jangan pernah bagi alasan kerana taklifat ini dari Allah..YaAllah,semoga diri ini jauh dari segala kekhilafan yang tak ada kesudahan..Pastikan masa digunakan dengan sebaiknya dan pada perkara yang bermanfaat..pastinya untuk Allah dan RasulNya..Sahabat Fillah..bangunlah,bangkitlag demi untuk Islam tercinta..janga terlena dan terleka lagi...jangan bertangguh dan buang masa..pastinya kegemilangan anda untuk Islam!!MUMTAZ STUDY DAN DAKWAH!CAIYOK!SAYONARA JAHILIYYAH!!!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar