Selasa, 29 September 2009

JOM PERGI KULIAH!






4 HB 10 2009..bermulalh sesi pengajian saya yang ke-2.Moga lebih baik untuk pertambahan dan manfaatkan ilmu sebetulnya..Azam baru untuk terus maju ke hadapan sebagai generasi muda yang berjaya x lain x bukan untuk meninggikan kalimatullahilulya!Ameen...Pastikan MUMTAZ DALAM DAKWAH DAN STUDY!I CAN DO IT!!!

Sanah helwah







Alhamdulillah...26.09.2009,genaplah umur saya 22 tahun..saya dah semakin berusia..oh tidak!!!Saya rasa lebih bermakna kerana ibu saya yang tercinta juga jatuh pada hari yang sama..xlupa pada murabbi saya.Selamat hari lahir!.Namun..saya sentiasa memikirkan adakah Allah meredhoi saya selama 22 tahun saya berada di atas muka bumi ini?adakah amal saya tergolong di kalangan golongan yang diterima amalnya?adakah Allah memandang saya?Saya takut dengan azab Allah..Saya mohon doa dari semua doakan semoga umur saya diberkati..moga saya lebih serius dalam amal dan sentiasa bersedia dengan apa yang berlaku..moga terus thabat di atas jalan ini..saya ingin menjadi org yang paling merendah diri...sabar dan syukuri atas nikmatNya..tidak sesekali takabbur dengan nikmat yang diberikan...YaAllah,,bantulah saya..

Terima kasih pada sahabat2 seperjuangan...saya tidak mampu menjadi sahabat terbaik buat kalian..saya insan biasa,ada khilaf dan salah!Saya rasa sangat terharu diatas pengorbanan ini dan ukhuwwah yang terbina!Saya tidak pernah mengharapkan apa2 melainkan DOA kerana doa sangat berharga untuk saya.Alhamdulillah!

Harapan saya untuk tinggalkan jahiliyyah..saya hendaklah terus malangkah kerana perjuangn masih panjang..saya cuma ingin menghabiskan diri saya dengan dakwah..sehingga saya syahid bertemu Allah dan menang!Moga saya ikhlas dalam amal dan istiqamah...Doakan dan terus mendoakan!Moga hari seterusnya lebih baik!selamat beramal!

10.9.2009



10.09.2009 adalah hari bermakna buat saya.genaplah setahun saya berada di bumi mesir..Sedar xsedar,usia saya semakin bertambah..bertambahkah amal saya?..semoga umur saya diberkati..Teringat saya akan firman Allah dalam surah alKahfi ayat 104 yang bermaksud :

iaitu orang yang sia2 perbuatannya dalam kehidupan dunia,sedangkan mereka mengira telah berbuat sebaik-baiknya..

Alhamdulillah...Allah jua yang merancang yang terbaik untuk hambaNya..berusaha untuk menjadi muslim yang sejati..Tingkatkan amal fard hanya kerana Allah!Sama2 muhasabah diri dan salam juang!

Sabtu, 19 September 2009

Eidul Mubarak di perantauan

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah..Sudah 30 hari belalu dengan puasa di bulan Ramadhan..dan tibalah kini di bulan syawal yang berkah..Harapan semoga amal di bulan Ramadhan ini diterima oleh Allah dan kita semua berjaya untuk menjadi insan yang bertaqwa kerana Allah,menjadi manusia baru dalam kehidupan Muslim dan moga lebih baik dari sebelumnya..

Sudah setahun saya di sini,di ardhil kinanah..Masih basah di ingatan,tarikh keramat saya mula2 sampai di sini iaitu 10 september 2008..Allah jua yang mengatur kehidupan saya.Alhamdulillah..sehingga ke saat ini saya mampu bernafas kerana keizinan Allah.Sedar x sedar saya akan memasuki tahun ke 2 dalam bidang usuluddin.Mohon doa dari semua.

Bulan syawal yang berkah ni,meraikan fitrah manusia menjadi manusia suci dan baru dalam hidup...Walaupun berjauhan dengan mak ayah,family dan
sanak sedara...namun alhamdulillah Allah masih memberi nikmat yang sangat besar..Nikmat persahabatan yang dijalinkan kerana Allah.Alhamdulillah..Ini adalah masuk kali ke 2 saya menyambut perayaan di sini..Namun doa saya tidak putus2 agar saya sempat bertemu dengan kedua ibu bapa saya yang banyak memberi tunjuk ajar,kasih sayang,pengorbanan yang xpernah terhitung..alhamdulillah..Allah jua yang mengetahui segala sudut di dalam hati ini.Walaupun jasad saya tiada bersama mereka di hari lebaran ini..namun saya yakini roh saya bersama mereka..Saya pasti akan menyayangi mereka dan mendoakan mereka..

Allahuakhbar!!!Samalah kita banyakkan takbir di bulan syawal ini sebagai tanda syukur kita pada Allah atas nikmat yang x pernah terhitung.Harapan,semoga kita menjadi golongan yang berjaya dalam menyahut seruan Allah..Ambillah iktibar dan pengajaran contoh teladan dari kisah2 terdahulu..Mereka menangis kerana Ramadhan telah pergi kerana mereka tidak pasti akan bertemua ramadhan pada masa akan datang atau tidak..

Sebelum terlambat..Ingin diucapkan kepada mak ayah terutamanya kerana mereka saya di sini,kerana mereka telah membenarkan dan mengizinkan saya membuat pilihan saya untuk mengembara menuntut ilmu...dan kerana mereka saya mengenali Allah..Xlupe buat adik beradik saya yang menjadikan rumah kami riuh rendah dengan suka dan duka..Ijah,Mede,Ataq,Doloh,Domel,Imah,Meknor,Adilah,Rahim,Malik dan Hafidz..dan buat anak sedara saya yang ramai..irfan,farhan,maisarah,aiman,aimi,athirah,kamaliah,fawwaz...Dan xpernah terlupa untuk makcik2 saya dan pakcik2 saya yang sentiasa memberi saya dorongan dan sokongan..dan buat semua guru2 sejak saya bersekolah di sek keb batu Rakit sehingga di SBP Integrasi Batu Rakit..alhamdulillah..Saya ingin memohon maaf atas segala silap dan salah saya selama ini sejak saya mula2 berada diatas muka bumi ini..saya memohon redho dari semua org,moga2 Allah meredhai perjalanan hidup kita....dan doakan saya untuk menjadi `a`limah yang berjaya beriman dan bertaqwa keranaNya,untuk saya menjadi da`ieyah yang berjaya berkhidmat untuk ummah sehingga kembali khilafah Islamiyyah yang yelah lama hilang..Terima kasih atas segalanya kerana Allah!

Rabu, 16 September 2009

RAMADHAN PERGI JUA



Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah...Sedar xsedar..kite bakal menghadapi bulan syawal dan ramadhan bakal meninggalkan kita semua..Betapa pantasnya masa!Peluang beramal di bulan ramadhan berlipat ganda sudah hampir sampai penghujungnya..Namun harapan,semoga madrasah tarbiyyah selama sebulan ini akan berterusan dengan amal2 yang baik.Moga istiqamah dengan amal.Marilah kita sama2 tingkatkan amal dan menjadi manusia beriman dan bertaqwa kerana Allah.Macam mana dengan target kita?tercapaikah?mampukah jadi insan rabbaniyyah?mampukah menjadi manusia yang kuat dari segi rohani dan jasmani?mampukah selepas ini menjadi penyeru dan penyampai arRisalah dengan baik?Mampukah untuk menjadi qudwah hasanah dalam kehidupan muslim?Mampukah??
Orang muslim itu mampu melakukannya atas kesungguhan dan mujahadah yang berterusan.Inshaallah.Allah pasti memudahkan urusan hambaNya selagi mana hamba itu bersangka baik dengan Allah.AMEEN.

Rabu, 09 September 2009

AIR MATA YANG TERUS MENGALIR

Hidup di dunia hanya sementara...kadang2 kita diatas..namun kadang2 kita di bawah..kadang2 kita berjaya dengan suksesnya..namun kadang2 kite rebah jua..kadang2 kita dapat apa yang kita nak.,tp xsemestinya kita nak akan dapat..manusia ada khilaf,dosa dan silap salahnya..namun pengampunan dan maghfirah dari Allah sangat diharapkan..Allah Maha Mendengar segala rintihan,luahan,tangisan seorang hamba namun,sukar sekali seorang hamba memenuhi tuntutan suruhan dan larangan dari Allah..Pastikan air mata anda untuk Allah dan RasulNya..kerana sesungguhnya air mata menjadikan kita sedar hakikat kehidupan..sedar kekhilafan diri..sedar betapa banyaknya doasa insan kerdil ini..Astaghfirullah!
Air mata bukan menunjukkan kta lemah!air mata menjadikan kita lebih dekat lagi ng alKhalik,lebih2 lagi di waktu malam bermunajat untukNya..Semuanya untuk Allah.Alangkah indah hidup dan mati hanya kerana Allah...dapat menyenangkan semua org..kerana Allah!Begitulah dai`e...siangnya seperti singa kelaparan,namun malamnya seperi abid membasahi malam dengan munajat padaNya..YaAllah..jadilah hambaMu ini..ikhlas beramal keranaMu..Hidup dan Mati hanya kerana Allah!ameen.

Selasa, 08 September 2009

BELAJAR DARI KESILAPAN




Sesungguhnya manusia sungguh banyak kekhilafan..mana mungkin ada yg perfect?..namun pastinya semua org berlumba2 melakukan kebaikan dan mengislah diri untuk menjadikan kehidupan dan gerak kerja lebih baik...Alhamdulillah.Sebenarnya terlalu banyak hikmah pengajaran dalam melalui perjalanan hidup..pasti ada hikmah yang tersendiri jika ianya dilakukan kerana Allah...pasti sesuatu amal itu adalah kebaikan jika diniatkan dari awal...namun kadang2 bila di kenang kembali pasti ada kekurangan...yang pasti jgn sesekali melafazkan ..`kalaulah aku...Perkataan ini seringkali diungkapkan bila kita merasakan ada kekurangan selepas itu..Bukankah Allah telah mengingatkan kita melalui perantaraan Rasulullah s.a.w..jdnya yg lepas,jgn dikenang2...Belajarlah dari kesilapan dan kekurangan..Moga lebih baik selepas itu..Jangan bersedih!Kuatkan langkah kerana amalyg dilakukan hanya kerana Allah!Ameen.