Sabtu, 21 Maret 2009

bumi kinanah bumi anbiya'

Bumi kinanah jua akhirnya persinggahanku...

Alhamdulillah..ini yang mampu ku lafazkan...akhirnya sampai jua aku di sini..siapa yang menduga...benarlah percaturan Allah yang Maha Hebat...Terima kasih ya Allah...aku masih ingat lagi tanggal 9.9.2008,tarikh keramat yang sangat bermakna dan berharga dan akan terus disemat dalam dada kerana harapanku terlalu besar...kerana Allah dan RasulNya...ku berharap kepulanganku berbekalkan ijazah dan risalah Lillah...Terima kasih pada semua...kehidupan di sini mengajar aku erti tabah sabar...aku mohon tarbiyyah terus dari Allah!!!
Hari pertama di bumi anbiya' akan ku semat utuh dalam sanubari..kehidupan yang panjang yang penuh onak dan duri...Benarlah kejayaan dan kecemerlangan itu susah diraih melainkan dengan usaha yana yang tak jemu disertai doa yang tak pernah henti..jua tawakkal yang indahnya kerana redho atas segala ketentuannya...
Pertamanya..susah untuk aku menerima perjalanan hidupku disini,namun Allah jualah sebagai tempat pergantungan dan pengharapan.Alhamdulillah,itu yang ku mampu lafazkan dan lahirkan..sesungguhnya tiada yang berharga melainkan berletih dan berkerah tenaga untuk Allah dan RasulNYA..
Alhamdulillah,aku cuba untuk menggunakan sebaiknya masa yang ada dan memanfaatkan waktu yang dikurniakan untukku dan semua..
سيروا على بركة الله

Rabu, 18 Maret 2009

PERJUANGAN ITU PAHIT KERANA SYURGA ITU MANIS

Alhamdulillah,pertamanya ini yang kumampu lafazkan...kerana Allah mengenalkan aku dengan jalan ini...jalan yang mengajar aku erti tabah dan sabar,erti perjuangan dan pengorbanan...Benarlah perjuangan ini pahit kerana syurga itu manis...orang yang berjuang tak pernah kenal erti penat,letih dan pastinya takkan sesekali dihampar dengan karpet merah,dihujani dengan darah dan air mata...begitulah mereka kerana mengharapkan syurga yang kekal abadi...pinjaman yang dikurniakan Allah digunakan sebaiknya untuk perkara yang bermanfaat kerana mengharapkan rahmat dan redho dariNya..Alhamdulillah!!!
Sahabat,jangan pernah mengeluh dan futur...berkorbanlah kerana Allah dan Rasulnya..ikhlas dalam beramal dan mujahadah yang tinggi menolong agama Allah..yakin akan janjiNya..sesungguhnya Allah tak pernah menyalahi janji dan tidak pernah menzalimi hambaNYA..MAHA HEBAT DAN PENYAYANGNYA ALLAH TERHADAP HAMBANYA...
Sahabat,jangan pernah merendah diri..kerana anda adalah orang yang tinggi di sisi Allah..dan jangan biarkan anda merendah diri melakukan maksiat dan dosa kepada Allah...yakinlah dengan doa dan thiqqah yang tinggi terhadap arRahman..Islam pasti menang!!lambat cepat,itu bukan urusan kita..yang pasti kita beramal dan bekerja serta berletih keranaNya..Sahabat,tanggungjawab ini bukan golongan tertentu,tp ia adalah untuk semua..tak kira tua,muda,kaya,miskin,pelajar,pekerja dan lain2..jangan pernah bagi alasan kerana taklifat ini dari Allah..YaAllah,semoga diri ini jauh dari segala kekhilafan yang tak ada kesudahan..Pastikan masa digunakan dengan sebaiknya dan pada perkara yang bermanfaat..pastinya untuk Allah dan RasulNya..Sahabat Fillah..bangunlah,bangkitlag demi untuk Islam tercinta..janga terlena dan terleka lagi...jangan bertangguh dan buang masa..pastinya kegemilangan anda untuk Islam!!MUMTAZ STUDY DAN DAKWAH!CAIYOK!SAYONARA JAHILIYYAH!!!

Senin, 09 Maret 2009

TAZKIRAH

Nasihat Imam Al- Ghazali 1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita. 2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat. 3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui. 4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui.. 5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.